Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan serius suntikan penggalak kedua Covid-19 jejas 2 daripada 100,000 dos

Jul 04, 2023 | 07:57 PM



Kejadian tindak balas serius vaksin Covid-19 mRNA di Singapura menjejas dua daripada 100,000 dos bagi suntikan penggalak kedua hingga 31 Mei 2023.

Ini lebih rendah berbanding sembilan daripada 100,000 dos bagi suntikan utama dan empat daripada 100,000 dos bagi suntikan penggalak pertama.

Memberi perangkaan itu semasa menjawab pertanyaan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) di Parlimen pada Selasa, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, juga berkata vaksin Covid-19 yang ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Nasional telah dinilai selamat, dengan manfaatnya terus melebihi risiko yang dikaitkan dengannya.

Tambahnya, kontrak Singapura juga membolehkan negara ini memperoleh vaksin terkini sekiranya ia dinilai sesuai bagi situasi setempat.

Dr Janil juga berkata saranan vaksinasi Covid-19 adalah agar warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta individu yang lebih mudah terjejas dari segi perubatan untuk mendapatkan perlindungan minimum serta suntikan penggalak bivalen yang terkini sekitar setahun selepas suntikan penggalak terakhir mereka.

Perlu perkukuh infrastruktur untuk tangani cabaran penuaan

Usaha menggalak warga emas mengamalkan gaya hidup aktif dan tabiat kesihatan yang baik merupakan cara yang paling berdaya tahan dan berkesan untuk menangani cabaran penduduk yang menua, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Ini lebih-lebih lagi dengan jumlah orang yang menghidap penyakit kronik dan penyakit lain yang pesat meningkat.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen pada Selasa, beliau menarik perhatian usaha pemerintah untuk memperkukuh infrastruktur penuaan dalam masyarakat selain memperluas Pusat Penuaan Aktif (AAC) dan mengubah model operasinya untuk menyokong penuaan aktif bagi warga emas.

Namun, Cik Rahayu berkata AAC tidak boleh menjalankan usaha sendiri dan kerjasama rapat dengan agensi lain seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Persatuan Rakyat (PA) juga penting.

Tambahnya, usaha menggalak sifat sukarela dalam kalangan warga emas juga satu teras penting dan langkah memperluas AAC akan menawarkan lebih banyak peranan sukarela seperti sebagai pendamping.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >