Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Kesan tidak langsung kenaikan harga minyak dan gas ketara

Perang Ukraine-Russia memburukkan lagi inflasi yang sedang meningkat di dunia
Mar 15, 2022 | 05:30 AM



AKIBAT ketegangan perang di Ukraine, harga minyak dan gas semakin meningkat, dan ini juga dapat dirasai di Singapura.



Harga komoditi yang lebih mahal, termasuk sumber tenaga, boleh memberi kesan meluas merentasi ekonomi, termasuk kos pengangkutan, makanan dan harga utiliti.



Harga minyak Brent, penanda aras global bagi minyak mentah, mencecah paras tertinggi AS$139 ($190) setong dalam dagangan di Asia pada 7 Mac buat kali pertama sejak 2008, sebelum mengurangkan keuntungannya sebanyak AS$130.



Harga dagangan hadapan gas asli Amerika Syarikat meningkat kepada AS$5 setiap juta unit.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa konflik itu akan mempunyai kesan tidak langsung yang ketara.



"Satu bahagian utama yang akan terjejas dengan ketara ialah kos tenaga, kerana kami mengimport kebanyakan keperluan tenaga kami," katanya.



Pakar ekonomi kanan Moody's Analytics, Encik Tim Uy berkata, krisis itu akan menjejas kebanyakan negara di Eropah, yang bergantung pada minyak dan gas Russia.



Krisis itu telah menimbulkan kebimbangan kekurangan, memandangkan Russia memegang 12 peratus daripada bekalan minyak sedunia dan 17 peratus daripada gas aslinya.



Dr Uy menambah bahawa ketidakpastian konflik akan membawa kepada harga minyak dan gas asli yang lebih tinggi di seluruh dunia, walaupun bekalan tambahan di luar Russia datang dalam talian.



The Straits Times melihat bagaimana krisis di Ukraine boleh menjejas pengguna di sini.



1. KOS PENGANGKUTAN DAN PENGHANTARAN



Pemandu kenderaan kini membayar lebih di stesen minyak di tengah lonjakan harga minyak, dengan kenaikan semua gred petrol yang kini berharga $3 atau lebih seliter.



Sebagai contoh, satu liter petrol oktana 95 berharga antara $3.03 dengan $3.23, manakala petrol oktana 98 berharga $3.72 di Shell dan $3.51 di syarikat minyak yang lain, menurut penjejak harga pam Persatuan Pengguna Singapura (Case), Fuel Kaki.



Sejak 14 Februari, petrol oktana 95 - gred paling popular di Singapura - telah meningkat sebanyak 45 sen, atau 16 peratus.



Pengguna juga mungkin berasakan kesan daripada harga penghantaran yang lebih tinggi dan harga perkhidmatan e-panggilan pengangkutan (ride-hailing), jika syarikat memutuskan untuk menyerahkan kos tambahan pemandu mereka kepada pelanggan.



Cik Selena Ling, ketua kajian dan strategi OCBC Bank, berkata:



"Memandangkan harga pam bahan api sudah bertindak balas terhadap kenaikan harga minyak mentah, berkemungkinan besar bahawa beberapa kos yang telah meningkat akan disalurkan kepada pengguna akhir pada masa yang akan datang."



2. BIL UTILITI



Kira-kira 95 peratus tenaga elektrik Singapura dijana menggunakan gas asli, yang disalurkan dari Malaysia dan Indonesia dan diambil dalam bentuk gas asli cecair dari negara lain.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) telah memberi amaran bahawa pengguna mungkin akan melihat harga elektrik yang lebih tinggi apabila mereka memperbaharui atau mendaftar bagi pelan baru.



Kemeruapan dalam pasaran borong telah melonjak, serta masalah tenaga global yang berterusan bertambah teruk oleh gangguan bekalan akibat perang Russia-Ukraine.



Potensi penjimatan sehingga 30 sen pada bil elektrik yang pernah ditawarkan oleh peruncit Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) tidak lagi memberi kelebihan bagi mereka yang memperbaharui atau menandatangani untuk harga pelan baru, lapor akhbar ST.



Laman web perbandingan harga OEM menunjukkan bahawa perbezaan antara harga tetap sesetengah pelan peruncit dengan tarif utiliti nasional SP Group telah menyusut kepada kurang daripada 2 peratus pada tahap terbaik.



3. TAMBANG PENERBANGAN



Kenaikan harga minyak dan peningkatan kos insurans bagi syarikat penerbangan akan membawa kepada kenaikan harga tiket, pemerhati industri memberitahu ST minggu lepas.



Profesor Alan Tan dari Sekolah Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) yang pengkhususannya meliputi undang-undang penerbangan, berkata:



"Jika ruang udara Russia terus ditutup buat seketika, walaupun hanya untuk beberapa pesawat, ia mungkin menjejas harga tiket disebabkan oleh penurunan persaingan keseluruhan dan peningkatan bahan api, insurans dan kos pemajakan pesawat."



Encik Rob Morris, ketua global perundingan di nasihat penerbangan firma Ascend oleh Cirium, menambah bahawa di luar sektor penerbangan, harga bahan api lebih tinggi akan meningkatkan caj pengangkutan udara, yang boleh menyebabkan peningkatan kos pada keseluruhan ekonomi.



4. HARGA MAKANAN



Pengguna boleh mengjangkakan barangan runcit dan makanan yang lebih mahal di restoran, kedai makanan segera dan pusat penjaja jika utiliti yang meningkat dan kos pengangkutan disalurkan kepada mereka.



Penganalisis juga telah memberi amaran bahawa perkembangan di Ukraine boleh mengakibatkan kenaikan harga makanan asas.



Ukraine adalah pengeksport ketiga terbesar dunia bagi jagung dan pengeksport keempat terbesar bagi gandum, manakala Russia adalah pengeksport dunia tertinggi bagi gandum.



Inflasi makanan telah menjadi salah satu daripada pemacu utama harga pengguna yang lebih tinggi di Singapura pada Januari lalu, di mana ia telah meningkat 2.6 peratus tahun demi tahun bagi makanan tidak dimasak dan hidangan yang disediakan.



Cik Ling berkata makanan mempunyai bahagian yang agak tinggi daripada bakul indeks harga pengguna, pada 21 peratus.



"Kos makanan import meningkat - sama ada disebabkan kekurangan gandum dari rantau Laut Hitam atau kesesakan rantai bekalan global, atau bahkan perubahan iklim - boleh disalurkan hingga kepada pengguna akhir," tambahnya.




"Memandangkan harga pam bahan api sudah bertindak balas terhadap kenaikan harga minyak mentah, berkemungkinan besar bahawa beberapa kos yang telah meningkat akan disalurkan kepada pengguna akhir pada masa yang akan datang."
Cik Selena Ling, ketua kajian dan strategi OCBC Bank.



"Jika ruang udara Russia terus ditutup buat seketika, walaupun hanya untuk beberapa pesawat, ia mungkin menjejas harga tiket disebabkan oleh penurunan persaingan keseluruhan dan peningkatan bahan api, insurans dan kos pemajakan pesawat."
- Profesor Alan Tan dari Sekolah Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) yang pengkhususannya meliputi undang-undang penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >