Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keselamatan anak titipan dipantau 12 bulan selepas kembali ke keluarga kandung

Oct 04, 2023 | 02:38 PM



Pegawai jagaan kementerian akan terus bekerjasama dengan rakan masyarakat selama sekurang-kurangnya 12 bulan apabila seorang anak titipan kembali ke keluarga kandungnya untuk memastikan pemeriksaan dan pemantauan keselamatan dijalankan secara berkala.

Tempoh pemeriksaan dan pemantauan itu bergantung kepada keperluan keluarga dalam setiap kes, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan lisan parlimen pada Selasa.

Encik Masagos berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Melvin Yong (GRC Tanjong Pagar) mengenai perlindungan yang telah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi memastikan keselamatan kanak-kanak titipan dan tempoh kementerian itu akan terus memeriksa kebajikan mereka.

Sistem jagaan anak titipan menjadi tumpuan selepas terdapat kenaikan dalam kes penderaan kanak-kanak.

Satu contoh adalah kes melibatkan seorang mangsa berusia dua tahun, yang diberi nama Umaisyah, dengan cebisan mayatnya diletak di dalam periuk besi sebelum dibakar ayah tiri dan ibunya.

Pada 19 September 2023, bapa tiri Umaisyah dihukum penjara 21 setengah tahun dan disebat 18 kali selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan menampar mangsa hingga menyebabkan kematiannya dan tidak memberinya bantuan perubatan.

Umaisyah diletak di bawah penjagaan keluarga angkat sejak dia berusia sekitar tiga bulan pada November 2011 kerana bapanya ditahan di pusat pemulihan dadah, manakala ibunya didapati tidak dapat menjaganya.

Mangsa dipulangkan semula kepada pasangan terbabit sekitar dua tahun kemudian pada Jun 2013, namun dia didera oleh bapanya sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya tiga kes lain dengan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas didera oleh ibu bapa telah dibicarakan di mahkamah pada 2023.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipukul bapa tirinya pada 2020 dan didera berulang kali oleh bapa tiri dan ibunya.

Pasangan itu menyuruh mangsa makan cili padi, menyimbah air panas ke atasnya dan memukulnya dengan tali pinggang untuk menghukumnya.

Namun, Encik Masagos berkata insiden penderaan kanak-kanak kekal rendah tetapi beliau tidak mendedahkan jumlah insiden.

“Insiden baru-baru ini yang dibicarakan di mahkamah berlaku pada tahun-tahun berbeza dan tidak mencerminkan kenaikan dalam kes kematian kanak-kanak akibat penderaan.

“Walau bagaimanapun, sebarang penderaan, meskipun satu kes, dikira sebagai terlalu terbanyak…

“MSF akan meneruskan usaha kita untuk melanjutkan latihan dan jangkauan dan terus menyemak semula langkah-langkah perlindungan kita untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang terdedah,” ujar Encik Masagos.

Beliau menambah bahawa sejak Jun 2020, MSF telah melatih lebih daripada 7,100 orang dari sektor swasta untuk mengesan dan melaporkan tanda-tanda keganasan keluarga.

Sejak November 2020, MSF juga terus memperkukuh protokol perkongsian maklumat dan penyelarasan dalam masyarakat, termasuk prosedur-prosedur untuk membimbing agensi-agensi dalam mengesan keberadaan kanak-kanak sekiranya mereka tidak dilihat secara kerap dalam masyarakat, tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >