Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ketersambungan serantau perlu dipertingkat bagi dagangan tenaga bersih: See Leng

S'pura, AS akan jalankan kajian membangunkan rangkaian grid kuasa serantau bagi tujuan itu
Oct 27, 2022 | 05:55 AM



UNTUK memudahkan perdagangan tenaga bersih di rantau ini dan mempertingkat ketersambungan serantau, pemerintah perlu bekerjasama bagi mewujudkan infrastuktur dan rangka kerja kawal selia, kata Menteri Tenaga Manusia, merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Bagi tujuan itu, Singapura akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai membangunkan rangkaian grid kuasa serantau yang terdiri daripada kedua-duanya, penyambung berpangkalan di darat dan di laut di Asia Tenggara, kata Dr Tan.



Penyambung elektrik adalah kabel voltan tinggi yang menyambungkan sistem elektrik negara jiran supaya kuasa berlebihan, contohnya dari ladang solar, boleh dikongsi dan diperdagang.



Dr Tan berkata demikian semasa berucap di Sidang Puncak Tenaga Bersih Asia semalam. Sidang puncak itu membincangkan cara mempercepat peralihan rantau ini ke tenaga bersih. Ia sebahagian daripada acara Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (Siew) yang diadakan di Marina Bay Sands.



Kajian itu akan mengkaji faedah, kebolehlaksanaan teknikal dan daya maju membangunkan rangkaian grid kuasa di rantau ini.



Ia juga akan mengambil kira sambungan kuasa elektrik sudah dilaksana dan dirancang, serta sambungan lain yang boleh dilaksana melibatkan negara serantau untuk memudahkan perdagangan elektrik bersih dan mendorong pelaburan lanjut dalam rantau ini, kata Dr Tan.



Grid kuasa serantau dan pembangunan bersama projek tenaga boleh diperbaharui di rantau ini bukan sahaja memenuhi permintaan domestik setiap negara bagi tenaga boleh diperbaharui, malah membantu memperkukuh daya tahan dan jaminan tenaga serantau.



"Kajian ini akan menjadi sebahagian daripada Inisiatif Dunia Sifar Bersih yang diterajui Amerika, di mana Amerika merancang bekerjasama dengan Singapura dan rakan Asia Tenggara untuk mencipta bersama dan melaksana rancangan pelaburan sangat khusus, boleh dilaksana dan teknikal untuk menyokong pengurangan karbon tenaga di rantau ini," katanya.



Beliau menambah bahawa mempunyai perdagangan rentas sempadan bagi tenaga bersih boleh membantu menjadikan projek serantau lebih berdaya maju secara komersial, lapor akhbar The Straits Times.



"Kami adalah kumpulan negara yang pelbagai yang mempunyai kapasiti berbeza untuk menjana dan membayar bagi tenaga bersih.



"Mempunyai kumpulan dasar pengguna lebih luas yang bersedia membeli tenaga bersih boleh menyediakan permintaan asas dan memperbaiki pilihan pembiayaan sesebuah projek," tambahnya.



Menaik taraf infastruktur juga akan perluka dijalankan untuk memudahkan perdagangan di rantau ini.



Contohnya, penyambung antara Malaysia dan Singapura telah berjaya dinaik taraf dan kini boleh menampung aliran elektrik dua hala sekitar 1,000 megawatt antara dua negara itu - dua kali lebih banyak berbanding kapasiti asalnya.



Ini telah membantu menyokong projek penyepaduan kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura, yang boleh mengimport tenaga boleh diperbaharui hingga 100 megawatt dari loji kuasa hidro sedia ada di Laos selama dua tahun.



Projek itu dimulakan pada 23 Jun lalu.




"Kajian ini akan menjadi sebahagian daripada Inisiatif Dunia Sifar Bersih yang diterajui Amerika, di mana Amerika merancang bekerjasama dengan Singapura dan rakan Asia Tenggara untuk mencipta bersama dan melaksana rancangan pelaburan sangat khusus, boleh dilaksana dan teknikal untuk menyokong pengurangan karbon tenaga di rantau ini... Kami adalah kumpulan negara yang pelbagai yang mempunyai kapasiti berbeza untuk menjana dan membayar bagi tenaga bersih. Mempunyai kumpulan dasar pengguna lebih luas yang bersedia membeli tenaga bersih boleh menyediakan permintaan asas dan memperbaiki pilihan pembiayaan sesebuah projek."
- Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia, merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, mengenai peri penting perdagangan rentas sempadan bagi tenaga bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >