Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua eksekutif ComfortDelGro letak jawatan, diganti ketua pegawai dari kumpulan sama

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Ang Wei Neng, ketua eksekutif perniagaan teksi ComfortDelGro, telah meletak jawatan untuk menceburi laluan kerjaya lain selepas memegang jawatan itu selama lebih empat tahun, demikian diumumkan kumpulan pengangkutan darat yang disenaraikan di Singapura itu, kelmarin.



Hari terakhirnya ialah pada 1 April dan beliau akan digantikan oleh Encik Jackson Chia, 52 tahun,yang kini merupakan ketua pegawai kemampanan kumpulan ComfortDelGro dan ketua eksekutif unit mobiliti privet.



Encik Chia akan menerajui perniagaan teksi serentak dengan portfolio sedia adanya, lapor The Straits Times.



Encik Ang, 54 tahun, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC West Coast, telah menjadi ketua perniagaan teksi ComfortDelgro sejak Mei 2017.



Sebelum itu, beliau adalah naib presiden kanan operasi bas SBS Transit, anak syarikat ComfortDelGro.



Encik Ang berkata beliau memutuskan untuk berpindah selepas lebih 17 tahun di syarikat pengangkutan itu.



"Tujuh belas tahun adalah masa yang agak lama," katanya.



Encik Ang dikatakan agak malu apabila di tanya di mana beliau akan pergi seterusnya, dan hanya berkata beliau akan membuat peralihan dalam kerjaya seterusnya pada masa yang sesuai.



Penggantinya, Encik Chia, menyertai ComfortDelGro pada 2017 selepas 28 tahun bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di mana beliau memegang jawatan sebagai laksamana muda dan merupakan ketua kakitangan tentera laut, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).



Jawatan pertamanya di ComfortDelGro ialah selaku timbalan ketua rel di SBS Transit.



Encik Chia kemudian dilantik sebagai naib presiden kanan di pejabat transformasi ComfortDelGro dan berikutan itu, sebagai ketua pegawai risiko dan kemampanan kumpulan, sebelum memegang jawatan baru pada Jun tahun lalu.



Menurut biografinya di laman web ComfortDelGro, Encik Chia merupakan lulusan dari Universiti Birmingham dengan ijazah dalam bidang ekonomi dan statistik.



Beliau juga mempunyai ijazah sarjana muda dari Sekolah Undang-Undang dan Diplomasi Fletcher.



Encik Ang berkata: "Saya berharap Jackson dapat membina platform digital yang telah kami bangunkan selama ini untuk memberi manfaat kepada penumpang dan teksi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >