Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pusat Kinderland, pengendali disiasat berhubung kes dera kanak-kanak

Aug 30, 2023 | 04:41 PM



Ketua pusat dan pengendali sebuah cawangan prasekolah Kinderland sedang disiasat atas peranan mereka dalam satu kes melibatkan dakwaan penderaan ke atas kanak-kanak, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) pada Rabu.

Ia menambah bahawa pihaknya “mungkin mengambil tindakan lanjut sekiranya mereka didapati tidak memenuhi tugasan menjaga kanak-kanak itu”.

“Ecda sedang memantau dengan teliti prasekolah ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua kanak-kanak yang didaftarkan,” katanya.

Agensi itu menambah bahawa pihak pengendali telah diarah menawarkan bimbingan dan penyeliaan kepada para pendidiknya berkaitan pengurusan bilik darjah, menurut laporan The Straits Times.

Hal ini timbul menyusuli penularan meluas video seorang guru yang didakwa melayan secara buruk kanak-kanak di cawangan tersebut.

Video-video tersebut tular pada Isnin.

Seorang bekas guru prasekolah berusia 33 tahun, Lin Min, telah didakwa pada Rabu kerana melayan buruk seorang kanak-kanak.

Ecda menyatakan pihaknya diberitahu tentang insiden tersebut di prasekolah itu oleh seorang bekas kakitangan dan telah memulakan siasatan pada 10 Ogos.

Ia menambah: “Kami telah mengesahkan bahawa pendidik yang terlibat dalam insiden-insiden tersebut telah menggunakan kaedah tidak sempurna untuk mengurus kanak-kanak di bawah jagaannya.”

Ecda telah mengeluarkan amaran dan menghalangnya daripada bekerja dalam sektor prasekolah.

Ia berkata para individu yang didapati melakukan “tindakan serius dalam pengurusan kanak-kanak” akan dilarang daripada bekerja dalam sektor itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >