Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ibu bapa keluarkan anak dari Kinderland selepas tular video dera

Aug 28, 2023 | 07:06 PM



Sesetengah ibu bapa telah mengeluarkan anak-anak mereka dari prasekolah Kinderland @ Woodlands Mart selepas video-video seorang guru yang didakwa salah urus murid menjadi tular dalam talian pada Isnin.

Seorang wanita yang dikatakan ibu anak perempuan berusia dua tahun yang dilihat dalam petikan video itu seolah-olah dipaksa minum air, memberitahu The Straits Times bahawa beliau akan mengeluarkan anaknya itu dari Kinderland sejurus mempunyai tempat di sebuah prasekolah berasingan.


Beliau yang merupakan seorang pendidik berusia lingkungan 30-an tahun, berkata dirinya terperanjat melihatkan video tersebut, sambil menambah bahawa beliau tidak lagi mempercayai prasekolah itu untuk menjaga anaknya.

Beliau yang membuat laporan polis pada Isnin telah diberitahu oleh pengetua prasekolah itu dua minggu lalu bahawa guru tersebut tidak menguruskan anak perempuannya sewajarnya.

Ia berlaku sebelum video tersebut disebar.

“Pengetua beritahu kami bahawa guru itu telah menggunakan sedikit kekerasan ke atas anak saya agar dia minum dan ia tidak begitu serius. Kami hanya melihat video itu pada Isnin dan kami terperanjat,” katanya sambil menganggap bahawa kejadian tersebut diremehkan.

Seorang lagi ibu berusia 30-an tahun mendakwa telah melihat kesan lebam di dahi anaknya tahun lalu dan apabila ditanya, pengetua prasekolah itu berkata kanak-kanak itu telah terhantuk meja semasa berlari.

Seorang lagi ibu telah mengeluarkan anaknya yang berusia tiga tahun sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) telah meminta pengendali prasekolah Kinderland @ Woodlands Mart supaya menawarkan bimbingan dan sokongan rapat kepada guru mereka dalam ehwal pengurusan bilik darjah dan akan terus bekerjasama dengan pusat itu bagi memastikan keselamatan dan kemaslahatan murid.

Ecda berkata ia memandang serius sebarang kes salah urus kanak-kanak dan pusat tajaka perlu melaporkan sebarang kejadian kepada Ecda yang boleh menjejas keselamatan kanak-kanak dan kakitangan.

Menyatakan demikian kepada Berita Harian (BH), seorang jurucakap Ecda berkata ia sedar mengenai satu kes layanan buruk ke atas kanak-kanak.


Namun, ia tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai butiran kes itu kerana ia sedang disiasat.

Jurucakap itu juga berkata Ecda menyiasat setiap kejadian salah urus kanak-kanak dengan mengadakan lawatan tanpa undangan, wawancara serta pengesahan rekod.

Guru tersebut difahamkan telah diberhentikan kerja, kata Anggota Parlimen (GRC Sembawang), Cik Poh Li San, dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam beberapa hantaran di Facebook (FB), seorang guru prasekolah didakwa mengendalikan murid secara kasar, antara lain dilihat memukul murid dengan buku serta memaksa mereka minum air.

Dalam satu hantaran yang disiarkan pengguna FB bernama Cik Claudia Tan, yang telah dikongsi sekitar 22,000 kali sehingga 10.30 malam Isnin serta dilihat BH, tiga video layanan kasar guru berkenaan dalam tiga kejadian berasingan telah dipaparkan.

Dalam video pertama, wanita itu kelihatan sedang memarahi seorang murid sambil memukulnya dengan buku, manakala video kedua pula menunjukkan guru itu sedang memarahi seorang murid yang sedang menangis. Guru itu juga didakwa menarik kepala murid itu dan memaksanya meminum air. 

Satu lagi video menunjukkan wanita itu memaksa seorang murid perempuan minum air dan mencubitnya.

Guru itu kemudian terus memberikan air kepada budak itu menerusi botol airnya apabila murid tersebut sedang terbaring.

Pengguna FB itu menyiarkan hantaran pagi Selasa, bahawa video-video yang diterbitkannya telah dikeluarkan atas keprihatinan kandungan penganiayaan kanak-kanak.

Namun video-video tersebut masih boleh didapati di FB dan saluran media sosial lain.

Cik Poh berkata beliau sedang membantu ibu bapa murid yang terjejas.







Pada tengah malam Isnin – hari yang sama tiga video itu disiarkan dalam media sosial – satu lagi hantaran muncul di FB yang menunjukkan video seorang guru dipercayai mengajar di pusat prasekolah Kinderland di Keat Hong melayan murid secara kasar.

Video itu menunjukkan guru tersebut memukul kepala seorang budak lelaki dengan tangannya apabila hendak diberikan air.

Anggota Parlimen (GRC Chua Chu Kang), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, pada pagi Selasa berkata video itu didakwa dirakam di francais prasekolah yang sama di Sunshine Place, di Keat Hong, Chua Chu Kang.

Beliau telah memberitahu polis dan Ecda berkenaan kes itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >