Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Khemah' sementara di hospital bagi terima pesakit Covid-19

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



KHEMAH sementara, seperti yang boleh dilihat di pekarangan Hospital Masyarakat Yishun (gambar), kini boleh juga dilihat di beberapa hospital awam lain.



Mulai Jumaat lalu, Hospital Khoo Teck Puat telah menerima pesakit Covid-19 di kawasan jagaan pesakit sementara di Hospital Masyarakat Yishun yang terletak bersebelahannya itu.



Antara lain tempat itu digunakan bagi pesakit yang memerlukan jagaan perubatan sementara menunggu untuk dipindahkan ke pusat rawatan atau pusat jagaan masyarakat, kata hospital itu.



Sejak akhir bulan lalu, beberapa hospital di sini telah menyediakan kawasan sementara serupa untuk menerima bilangan lebih tinggi pesakit Covid-19 yang tiba di jabatan kecemasan.



Pihak berkuasa telah berkata mereka sedang menyediakan katil di luar hospital bagi pesakit berisiko lebih tinggi yang perlu diawasi, dengan 3,700 katil di sembilan kemudahan rawatan Covid-19 dijangka siap pada akhir bulan ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, sehingga kelmarin, sekitar 15 peratus katil hospital di sini telah digunakan bagi pesakit Covid-19.




Laporan lanjut: Hospital bersiap hadapi lonjakan pesakit Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >