Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat awam sains, teknologi dan kejuruteraan main peranan penting pastikan SG terus maju

Sep 03, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Perkhidmatan Awam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (STE) akan memainkan peranan penting dalam membolehkan Singapura terus maju dalam era baru ini, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing. Ini terutamanya semasa negara ini memasuki fasa baru dalam pembangunannya, katanya semasa merasmikan Persidangan STE 2022 anjuran Pejabat Dasar dan Perancangan Sains & Taknologi Sektor Awam semalam.



Beliau berkata masyarakat perkhidmatan awam STE harus terus memahami, menggunakan dan memanfaatkan STE dengan sewajarnya untuk menangani masalah yang akan dihadapi pada masa depan.



"Andaian perancangan kita telah berkembang atau berubah. Dalam dekad akan datang, kita akan melihat perubahan ketara dalam faktor yang mempengaruhi perdagangan dan daya saing global," ujar belau.



Memberi contoh pandemik dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, Encik Chan menekankan kepentingan bagi masyarakat perkhidmatan awam STE sentiasa memperkukuh daya tahan dan mempelbagai kebergantungan luar seperti tenaga manusia, sumber asli dan tenaga, dan makanan.



Bagi melakukan itu, beliau mengesa masyarakat Perkhidmatan Awam STE memikirkan tentang tiga pendekatan utama yang boleh mengatasi cabaran ini pada masa depan, iaitu meregangkan dolar awam, bekerjasama dan erinovasi untuk mengatasi cabaran negara, dan merebut peluang.



Salah satu usaha meregangkan dolar awam di sini ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan (CentExs) yang dapat menyatukan dan membina keupayaan STE yang strategik dan kritikal bagi menyokong keperluan pelbagai agensi.



Diterajui Agensi Teknologi dan Sains Pertahanan (DSTA), Perintah, Kawalan & Komunikasi (C3) CentEx menawarkan kepakaran teknikal mendalam untuk membangunkan sistem inovatif dan membina keupayaan C3 untuk menyokong Perkhidmatan Awam.



C3 CentEx yang mengendali Pengurusan Maklumat Krisis C3 Sistem (CIMS) yang dikerahkan di sektor pertahanan, keselamatan dan pengangkutan membolehkan perkhidmatan awam mengongsi maklumat semasa dan berkolaborasi dengan lebih baik sekiranya terdapat krisis atau kemalangan besar.



Dengan Singapura kurangan sumber asli, Encik Chan berkata semakin penting untuk bekerjasama, berinovasi dan mengatasi cabaran negara bagi generasi akan datang.



Beliau berkata masyarakat perkhidmatan awam STE harus bersedia menggunakan teknologi baru dan berinovasi, sambil mencari hasil tinggi dan keuntungan produktiviti Encik Chan juga menekankan bahawa Perkhidmatan Awam harus bersedia meneroka dan merebut potensi daripada penyelesaian yang tidak terbukti.



Satu contoh ialah permulaan Daerah Digital Punggol, yang membolehkan konsep dan teknologi komponen diuji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >