Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat awam satukan S’pura hadapi cabaran: Presiden Halimah

Gesa penerima Biasiswa Presiden kekalkan tahap kelakuan tinggi, fahami keinginan, aspirasi dan keperluan rakyat
Aug 15, 2023 | 07:00 PM



Perkhidmatan awam memainkan peranan penting dalam memastikan Singapura kekal bersatu untuk menghadapi cabaran sukar pada masa akan datang yang akan menjejas rakyat dalam pelbagai cara, kata Presiden Halimah Yacob.

Beliau juga berkata setiap warga Singapura boleh membentuk masa depan negara, terutamanya pemegang Biasiswa Presiden, yang harus membina keupayaan menyatukan negara supaya mereka dapat memimpin dan menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang.

Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Presiden 2023 di Istana pada Selasa.

“Sebagai sebuah negara, kita mesti terus menjalin persetujuan bagi aspirasi kolektif kita sebagai rakyat dan realiti yang kita hadapi.

“Jika kita gagal berbuat demikian, kita akan mula berpecah belah sebagai sebuah negara dan menjadi lemah kerana kita tidak boleh lagi bergantung pada kekuatan kolektif untuk menangani cabaran hari esok.

“Kini... kita perlu bersatu untuk menghadapi cabaran dari luar pada masa akan datang,” kata Puan Halimah.

Beliau menambah bahawa Singapura terus berhadapan dengan cabaran besar, termasuk ketidakpastian geopolitik, keadaan ekonomi yang turun naik dan perubahan iklim.

“Kita mesti terus berusaha mencapai tahap lebih tinggi untuk kekal relevan. Kita mesti memperkukuh nilai masyarakat berbilang kaum dan agama dalam dunia yang semakin berpecah belah.

“Kita juga harus menyokong satu sama lain, terutamanya mereka yang lebih mudah terjejas, untuk memastikan tiada yang ketinggalan,” katanya lagi.

Biasiswa Presiden diberi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) kepada individu muda cemerlang dengan semangat yang teguh bagi perkhidmatan awam serta mempunyai perwatakan yang mantap dan dedikasi untuk meningkatkan kehidupan warga Singapura.

Mereka dipilih oleh sebuah jawatankuasa pemilihan PSC, yang diketuai oleh pengerusinya, Encik Lee Tzu Yang.

Bagi 2023, penerima biasiswa itu ialah Encik Edison Chua, 19 tahun; Cik Renee Foo, 18 tahun; dan Cik Mei Feifei, 19 tahun.

Dalam ucapannya, Puan Halimah turut menggesa ketiga-tiga penerima biasiswa itu supaya memimpin sebagai suri teladan.

“Sentiasa kekalkan tahap kelakuan yang tinggi, walaupun tiada sesiapa pun melihat.

“Anda mesti berupaya berhubung dengan segenap lapisan masyarakat. Fahami keinginan, aspirasi dan keperluan mereka,” tambahnya.

Puan Halimah turut menarik perhatian bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan rakyat yang akan membina Singapura pada tahun-tahun akan datang akan memaparkan nilai yang dikongsi bersama serta memahami harapan, aspirasi dan impian semua warga.

“Kekal dengan (pegangan) ini dalam semua perkara yang anda lakukan dalam perkhidmatan awam, walaupun sukar,” ujarnya.

Sejak memegang jawatan Presiden pada 2017, Puan Halimah telah menyampaikan 19 Biasiswa Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >