Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat elektronik pemerintah catat median masa tergendala empat jam

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN elektronik (e-khidmat) pemerintah yang mengalami gangguan tahun lalu mencatat median empat jam masa tergendala, dan menjejas pengguna kurang 0.1 peratus daripada masa itu.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkongsi perangkaan tersebut di Parlimen kelmarin, sambil menyifatkannya sebagai "masa tergendala kumulatif" bagi setiap perkhidmatan yang terjejas.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Shawn Huang (GRC Jurong) mengenai langkah-langkah bagi memastikan ketersediaan dan daya tahan perkhidmatan pemerintah di tengah-tengah peningkatan pendigitalan.



Encik Huang juga bertanya apakah alternatif sedia ada untuk orang ramai mengakses perkhidmatan penting apabila terdapat gangguan sistem yang berterusan.



Dr Janil berkata median masa tergendala kumulatif perkhidmatan digital pemerintah yang terjejas bagi seluruh tahun lalu ialah empat jam.



"Ini sebahagiannya kerana majoriti sistem pemerintah yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai telah dipindahkan ke platform hos awan komersial yang mempunyai ketersediaan tinggi," kata Dr Janil.



Platform yang menjadi hos bagi perkhidmatan nasional ini direka khusus untuk menjadi hos kepada ramai pengguna, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >