Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat feri elektrik pertama S'pura bermula Mei buat pekerja, kontraktor Shell

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 3,000 kakitangan dan kontraktor yang bekerja di Taman Tenaga dan Kimia Shell di Pulau Bukom akan dapat menikmati perjalanan yang lebih senyap dengan adanya khidmat feri elektrik baru mulai Mei 2023.



Feri yang digerakkan oleh kuasa elektrik sepenuhnya itu merupakan yang pertama buat Singapura dan buat Shell secara global.



Ia didedahkan pada Isnin di Pulau Bukom sewaku penandatanganan perjanjian lima tahun antara Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dengan Shell Eastern Trading.



Menjelang Ogos 2023, dua lagi feri elektrik dijangka mula berkhidmat.



Kontrak untuk mereka, membina dan mengendalikan tiga feri elektrik itu dianugerahkan Shell pada 2021.



Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, MPA dan Shell akan sama-sama mempromosikan penggunaan kapal pelabuhan elektrik serta pembangunan bahan api rendah dan sifar karbon di Singapura.



Shell akan melihat bagaimana ia boleh meningkatkan infakstruktur pengecasan buat kapal elektrik, sementara MPA akan berusaha menyediakan kapasiti pengecasan yang lebih kepada pengguna lain.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, yang berada di acara tersebut, menyifatkan Shell sebagai rakan penting dalam usaha Singapura untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, lapor akhbar The Straits Times.



Ini merupakan sasaran buat negara untuk menghapuskan sebanyak mungkin gas rumah hijau yang memanaskan bumi dari atmosfera sedang ia mengeluarkannya.



Shell menganggarkan bahawa pengerahan tiga feri elektrik sebagai ganti kepada kapal yang dikuasa diesel akan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak lebih 6,200 tan secara tahunan.



Ini bersamaan dengan membuat 18,000 perjalanan jalan raya sehala dari Singapura ke Bangkok dalam kereta dikuasa petrol bersaiz sederhana.



Feri elektrik itu juga tidak mengeluarkan bahan pencemar seperti nitrogen oksida, sulfur oksida dan zarah.



Selain membantu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, feri elektrik juga lebih senyap dalam kabin berbanding kapal dikuasa diesel sedia ada, lantas mempertingkat keselesaan penumpang.



Direka, dibina, dimiliki dan dikendalikan syarikat setempat Penguin, feri elektrik itu mengambil masa 12 minit untuk selesai perjalanan sepanjang 5.5km dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom.



Khidmat itu dibayar oleh Shell untuk mengangkut kakitangan dan kontraktornya.



Setiap feri dikendalikan anak kapal yang terdiri daripada enam orang dan boleh membawa sehingga 200 penumpang.



Khidmat feri itu membawa kira-kira 3,000 penumpang setiap hari, melaksanakan anggaran 1.8 juta perjalanan penumpang dalam setahun.



Apabila kapal berlabuh di Pulau Bukom, ia akan dicas menggunakan gabungan pengecasan lembap - yang mengambil sehingga lima jam untuk mengecas bateri kosong - semalaman atau ketika waktu tidak sibuk, dan pengecasan pantas, yang mengambil enam minit setiap masa sewaktu masa sibuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >