Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat feri elektrik pertama S'pura beroperasi pada 2023, kendalian Shell

Sep 22, 2021 | 04:30 PM



SINGAPURA akan mempunyai kumpulan feri elektrik pertamanya pada 2023 yang diusahakan Shell bagi tujuan berulang-alik dari tanah besar Singapura ke Pulau Bukom.



Syarikat minyak raksasa ini telah memberikan kontrak kepada pembangun bot Singapura, Penguin International, bagi mereka, membangun dan mengendalikan operasi sekurang-kurangnya tiga feri elektrik, jelas Shell dalam kenyataannya pada Rabu (22 September).



Feri setingkat dengan 200 tempat duduk yang berkuasa bateri ini dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2023. Pengangkutan ini akan membawa pekerja berulang-alik dari Taman Tenaga dan Kimia Shell ke Pulau Bukom lantas menggantikan feri berkuasa diesel yang kini digunakan.



Shell enggan menyatakan kos projek ini tetapi satu laporan berita Nikkei mengenai projek Thailand yang diusulkan menggunakan feri dengan saiz serupa meletakkan harga $2 juta bagi setiap feri atau dua pertiga lebih mahal daripada feri berkuasa diesel.



Feri Shell ini beroperasi dengan menggunakan sistem bateri litium-ion dengan kapasiti 1.2MWh. Pengangkutan ini boleh mencapai kelajuan melebihi 20 knot (37kmh) dengan pengeluaran sifar bahan di lokasi di mana ia beroperasi. Pergerakan feri ini juga hampir tidak mengeluarkan bunyi bising.



Apabila berlabuh di Shell Bukom, feri ini akan dicas dengan kaedah gabungan cas pantas semasa waktu sibuk dan cas perlahan di luar waktu sibuk dan semalaman.



Pengurus besar Shell Shipping and Maritime (Asia Pasifik dan Timur Tengah), Encik Nick Potter, berkata: "Masa depan perkapalan melibatkan bahagian berbeza sektor ini yang menggunakan bahan bakar berbeza serta pengelektrikan adalah huraian bagi menyahkarbonkan perjalanan pendek.



"Beralih kepada pengeluaran sifar, feri elektrik sepenuhnya adalah sebahagian cita-cita Shell dalam membantu mempercepatkan kemajuan ke arah pengeluaran sifar bersih dalam sektor perkapalan," jelasnya.



Pengarah urusan Penguin International, Encik James Tham, pula menambah syarikatnya sedang bekerjasama dengan firma kejuruteraan laut Australia, Incat Crowther, dan syarikat runding cara sistem tenaga berpangkalan di Singapura, Razor Blunt Labs, bagi membangun kapal ini.



Feri Shell ini akan merentasi lautan sejauh 5.5 kilometer dengan membawa sekitar 3,000 penumpang setiap hari. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >