Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat LRT Bukit Panjang kembali beroperasi seperti biasa Ahad ini

Oct 29, 2018 | 03:57 PM



KERETA api di stesen LRT Bukit Panjang (BPLRT) akan kembali beroperasi seperti biasa Ahad ini dengan khidmat yang akan bermula pada 5.30 pagi, mulai 4 November, menurut pengendali kereta api SMRT. 



SMRT mengumumkan melalui Twitter hari ini bahawa BPLRT akan kembali beroperasi seperti basa selepas memulakan khidmat di waktu yang lebih lewat, pada 8 pagi pada setiap hari Ahad, selama empat bulan.



BPLRT ditutup pada setiap hari Ahad dari 15 April hingga 1 Julai sebagai sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan sistemnya. 



Jun lalu, SMRT berkata bahawa rangkaian tersebut akan memulakan semula operasi pada hari Ahad mulai 1 Julai namun pada waktu yang lebih lewat untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan untuk diteruskan. 



Dalam Tweet SMRT hari ini, ia mengucapkan terima kasih kepada penumpang di atas kesabaran serta sokongan mereka semasa tempoh itu. 



Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan, dalam ucapannya di parlimen Mac lalu, memberikan butiran mengenai projek pembaharuan BPLRT yang menelan belanja $344 juta dan berkata bahawa penumpang boleh menjangkakan perjalanan yang lebih lancar mulai 2022 apabila kebanyakan kerja-kerja untuk mengubah laluan tersebut sudah diselesaikan. 



Mei lalu, beliau berkata bahawa tindakan untuk mengubah BPLRT adalah satu-satunya pilihan yang baik, kerana pilihan alternatif seperti untuk merobohkannya dan membina sistem yang baru atau menggantikannya dengan khidmat bas tidak munasabah. 



Laluan 14 station itu terjejas oleh beberapa isu kebolehpercayaan sejak ia dibuka pada 1999. Ini disebabkan reka bentuknya yang melibatkan pusingan-pusingan tajam di laluan yang beralun (undulating).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >