Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat sehenti baru galak penuaan aktif penduduk Geylang Serai

Kampung Eunos Network dilancar sempena Lawatan Masyarakat Menteri Grace Fu ke kawasan undi
May 18, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK Geylang Serai boleh menjangka lebih banyak aktiviti dan program kesihatan di bawah sebuah perkhidmatan sehenti baru bagi menggalak penuaan aktif dalam kalangan warga emas.



Inisiatif yang dinamakan Kampung Eunos Network itu dilancarkan oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, bersama Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, pada Ahad di sebuah Karnival Kesihatan dan Kesejahteraan.



Pelancaran tersebut diadakan sempena Lawatan Masyarakat Menteri (MCV) oleh Cik Grace Fu ke kawasan undi Geylang Serai.



Rangkaian tersebut bakal menampilkan pelibatan pelbagai agensi perkhidmatan sosial untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk dan menggalak penuaan aktif dalam kalangan warga emas.



"Menerusi rangkaian ini, kami ingin menggabungkan semua sumber dan sokongan yang ada, termasuk kerjasama oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai dan CDC South East, agar kami boleh memberikan pendekatan holistik untuk membantu penduduk," kata Encik Fahmi, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) CDC South East.



Buat masa ini, rangkaian tersebut merangkumi pelibatan daripada Geylang Serai CCC dan Pusat Penuaan Aktif (AAC) Tembusu.



Menjelang 2025, ia menyasar mendapatkan sekurang-kurang enam hingga lapan lagi pelibatan dari agensi perkhidmatan sosial dan badan lain.



"Ramai warga emas tinggal sendirian dan dalam kebanyakan kes, mereka memerlukan bantuan. Saya gembira AAC Tembusu tampil untuk membantu.



"Pada masa akan datang, saya berharap dapat menyatukan lebih banyak sumber dan melakukan beberapa penyasaran agar kami dapat menyokong warga emas kita dengan lebih baik," kata Encik Fahmi.



Seramai 300 penduduk hadir di karnival tersebut.



Warga emas dapat mencuba pelbagai aktiviti kesihatan digital seperti permainan tinju realiti maya dan berbasikal menggunakan teknologi 3D, sambil meneroka persekitaran Eunos Crescent secara maya.



Karnival kesihatan itu juga turut menampilkan beberapa gerai interaktif, aktiviti pentas dan ceramah kesihatan mengenai topik penjagaan pemakanan dan bahaya merokok.



Cik Low Lai Hiang, 70 tahun, yang telah lama melibatkan diri dalam kegiatan aktif di Geylang Serai, berkata:



"Saya memang kerap menyertai aktiviti Tembusu AAC sejak beberapa tahun lalu dan ia telah menjadi sebahagian penting dalam rutin harian saya.



"Aktiviti kesihatan dan kesejahteraan seperti taici telah membantu saya mengekalkan kecergasan fizikal saya dan meningkatkan keseimbangan saya. Saya juga dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan saya," tambahnya.



Selain itu, orang kurang upaya dapat melibatkan diri dalam kegiatan "Knead with Love" yang dianjurkan oleh Thye Hua Kwan Pan-Disability Centre (THK PDC) di Eunos di mana mereka dapat belajar membuat kek untuk mendapatkan pekerjaan lebih bermakna dan menyertai tenaga kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >