Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat teleperubatan swasta dikerah beri sokongan kendali pesakit

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



PENYEDIA khidmat teleperubatan swasta di sini dikerahkan menyokong Kementerian Kesihatan (MOH) dalam mengendalikan pesakit Covid-19 dalam pemulihan di rumah.



Namun, ramai daripada mereka berkata mereka menghadapi cabaran semasa menerima banyak panggilan seperti pesakit yang menunggu hingga sejam untuk berjumpa doktor.



Terdapat sekurang-kurangnya sembilan penyedia khidmat teleperubatan termasuk MaNaDr, MyDoc, Speedoc dan Raffles Medical yang kini menyokong ribuan pesakit yang diasingkan dalam pemulihan di rumah dan di bawah Arahan Kuarantin (QO), yang kini menggunakan aplikasi mudah alih dan teknologi video.



Peranan mereka termasuk menjalankan pemeriksaan pesakit secara alam maya untuk mengesahkan bahawa mereka sesuai menjalani pemulihan di rumah, menyediakan telekonsultasi, menghantar ubat-ubatan dan melakukan ujian swab secara fizikal, lapor The Straits Times.



Walaupun banyak penyedia tersebut sudah biasa menangani pesakit Covid-19 setelah memberi sokongan dalam pemulihan pekerja migran dalam telekonsultasi serupa sejak tahun lalu, ramai daripada mereka berkata mereka tidak menjangkakan kes tempatan sebanyak ini selama dua minggu terakhir ketika Singapura memerangi gelombang besar jangkitan dalam masyarakat.



Pengasas MaNaDr, Dr Siaw Tung Yeng, berkata senarai pesakit penyedia khidmat itu telah bertambah beberapa ratus setiap hari sejak ia memulakan kerja pemulihan di rumah pada 17 September.



Sejak 26 September, lebih 500 pesakit telah diuji positif dan masih tidak mendapat khabar daripada pihak berkuasa selepas menggunakan aplikasi tersebut untuk meminta telekonsultasi.



Sehingga kini, MaNaDr telah menguruskan lebih 2,000 orang dalam pemulihan di rumah.



Mereka menjangkakan melakukan sebanyak 6,000 telekonsultasi pada akhir minggu ini, tambah Dr Siaw.



Pengarah operasi klinikal MyDoc Matthew Lee, berkata bahawa khidmat platform tersebut telah menghubungi sekurang-kurangnya 600 pesakit dan keluarga mereka.



Katanya semasa tempoh ini mendapatkan tenaga untuk menyokong operasi 24/7 menjadi satu cabaran.



"Kami jelas tidak menyangka pada awalnya jumlah kes yang tinggi," kata Dr Lee.



Tambahnya: "Kami lihat ramai pesakit tidak pasti apa yang harus dilakukan setelah didiagnosis.



"Doktor kami terpaksa menghabiskan masa yang lebih lama bersama setiap pesakit untuk mengatasi semua masalah mereka, sementara pesakit lain menunggu giliran."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >