Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SERANGAN DI NEW ZEALAND

Khutbah: Tragedi semarak semangat cinta kedamaian

Mar 23, 2019 | 05:30 AM



TRAGEDI tembakan di Christchurch, New Zealand, menunjukkan bagaimana fitrah manusia yang mencintai kedamaian serta keamanan mempunyai potensi dan kekuatan luar biasa yang mampu menewaskan kebencian dan perpecahan, dan memadamkan api dendam dan marah.



Begitu hati dididik Al-Quran yang hanya mengenali kebaikan, tidak kenal erti kebencian kepada umat manusia meskipun besar kesalahan mereka terhadap kita.



Itulah antara inti khutbah yang disampaikan para khatib di masjid di sini semalam.



Dalam khutbah berjudul Menghargai Nikmat Keamanan itu, para khatib menyampaikan bahawa meskipun kehidupan manusia kini bertambah canggih dengan teknologi dan kelengkapan baru selain lebih terdidik, namun belum tentu mereka dapat menghargai nikmat keamanan dengan sebenarnya.



"Bahkan sebaliknya, ada segelintir manusia yang menginginkan perpecahan dan huru-hara.



"Ada yang dambakan pertumpahan darah. Ada yang berusaha menghancurkan kedamaian dan hubungan baik antara kaum dan agama.



"Ada insan yang tidak kenal lagi kepada kesucian agama, kesucian tempat ibadat, kesucian insan yang tidak berdosa," menurut kandungan khutbah semalam yang memetik kejadian di Christchuch itu.



Dalam kes pembunuhan yang berlaku Jumaat lalu itu, seramai 50 orang meninggal dunia selepas menjadi korban tembakan rambang di dua masjid, Al Noor dan Linwood. Ramai yang lain cedera.



Khutbah di serata masjid di Singapura semalam juga menyatakan bagaimana peristiwa itu menyatukan orang ramai - sama-sama menzahirkan persatuan - berdiri bersama Muslim di mana sahaja.



"Di Singapura wakil-wakil agama yang berbeza serta beberapa warga New Zealand telah menziarahi masjid-masjid kita bagi melahirkan kebersamaan mereka dengan kita.



"Di tempat lain, ada yang mengawasi keselamatan warga Muslim yang melaksanakan solat Jumaat.



"Tragedi ini menunjukkan kepada kita bagaimana fitrah manusia yang mencintai kedamaian serta keamanan mempunyai potensi dan kekuatan luar biasa yang mampu menewaskan kebencian dan perpecahan, dan memadamkan api dendam dan marah," jelas kandungan khutbah itu lagi.



Selepas sembahyang Jumaat, kebanyakan masjid di sini turut menjalankan sembahyang jenazah ghaib bagi para mangsa yang terkorban.



Para jemaah telah diberitahu tentang solat tersebut sebelum atau selepas solat Jumaat dilaksanakan.



Semasa dihubungi, Pengerusi Eksekutif Masjid Muhajirin, Alkaff Upper Serangoon dan Omar Salmah, Encik Kassim Kamis, berkata sembahyang tersebut menunjukkan bahawa Islam menggalak umatnya agar terus bersatu hati apabila berlaku insiden sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >