Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai majikan komited pupuk sekitaran kerja lebih sihat

May 08, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH majikan yang komited dalam memupuk persekitaran kerja sihat dengan melaksanakan amalan pekerjaan baik meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh dua tahun sejak 2020.



Lebih 16,000 majikan dilapor menerapkan amalan progresif yang ditetapkan melalui Piawaian Tiga Pihak (TS) pada 2022, berbanding sekitar 9,800 pada 2020, menurut perangkaan dari Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep).



Ini menunjukkan lebih ramai majikan kini sedar akan nilai memupuk tempat kerja lebih sihat, inklusif dan progresif, kata jurucakap Tafep dalam responsnya kepada Berita Harian (BH).



TS merupakan satu set amalan pekerjaan baik yang ditetapkan Tafep merangkumi bidang pengambilan kerja, amalan di tempat kerja yang mesra individu lebih berusia, aturan pekerjaan fleksibel serta dalam menguruskan aduan pekerja.



"Peningkatan dalam jumlah majikan yang melaksanakan TS ini merupakan trend yang cukup menggalakkan.



"Ia menunjukkan lebih ramai majikan yang sedar akan nilai menerapkan amalan inklusif dan progresif di tempat kerja," ujar jurucakap Tafep.



Tambahnya, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini, termasuk pandemik Covid-19 yang telah membuat majikan dan pekerja mempertimbang semula cara mereka bekerja.



Ini selain pasaran pekerja yang semakin ketat dan profil tenaga kerja yang terus berubah mengikut peredaran masa, katanya.



Perkembangan tersebut membuat ramai majikan sedar pentingnya menawarkan aturan pekerjaan fleksibel serta memastikan tempat kerja mesra individu lebih berusia dalam menarik dan mengekalkan bakat yang diperlukan, katanya.



"Pelaburan dalam melatih pekerja yang lebih matang serta mengubahsuai pekerjaan juga dapat membantu dalam membina pasukan yang terdiri daripada generasi pelbagai dan dapat menyumbang kepada hasil perniagaan positif.



"(Dalam pada itu), perlaksanaan amalan pekerjaan yang adil dan berdasarkan merit meluaskan lagi pilihan calon pekerja, langsung meningkatkan peluang mencari individu paling sesuai untuk pekerjaan itu," menurut Tafep.



Keadilan serta amalan inklusif di tempat kerja bakal diperkukuh dengan bantuan perundangan baru yang melarang diskriminasi dan memperkukuh perlindungan bagi semua pekerja.



Ini berdasarkan laporan saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Keadilan di Tempat Kerja, merangkumi saranan untuk menghentikan diskriminasi berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti usia, jantina, status kehamilan, bangsa, agama, kurang upaya dan juga kesihatan mental.



Menurut jurucakap Tafep, rangka kerja keadilan di tempat kerja - merangkumi perundangan yang bakal dibentuk dan juga Panduan Tiga Pihak mengenai Amalan Pekerjaan Adil, akan menunjukkan "isyarat jelas" bahawa Singapura menolak keras amalan diskriminasi di tempat kerja.



Majikan yang ingin memupuk persekitaran kerja yang lebih progresif dan sihat boleh memanfaatkan sumber yang disediakan oleh Tafep melalui http://www.tafep.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >