Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian tangani soal ‘gadis cantik’ dalam pos Facebook

Aug 21, 2023 | 08:24 PM



Bakal calon presiden, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, telah menolak kritikan terhadap catatannya di Facebook yang menyebut ‘gadis cantik’, mengatakan hanya minoriti kecil yang tidak selesa dengannya.

Pada Isnin, Encik Tan menangani isu itu selepas video TikTok yang mengumpulkan beberapa pos sedemikian menjadi tular pada hujung minggu. 

Ia telah dilihat lebih daripada 225,000 kali pada petang Isnin, lapor The Straits Times.


Bekas ketua eksekutif NTUC Income itu sekali-sekala membuat rujukan kepada “gadis cantik”, “perempuan cantik berjoging” dan “gadis cantik langsing” di laman Facebook awamnya. 

Terdapat sekurang-kurangnya 18 pos sedemikian sejak 2022 dan lima sejak permulaan 2023.

Kebanyakan pengguna Facebook yang ke halamannya mendapati pos sebegitu “agak tidak serius (dan) agak menyeronokkan”, kata Encik Tan kepada wartawan semasa lawatannya ke Dataran Pasar West Coast.

“Akan ada segelintir orang yang berasa tidak selesa, tetapi itu adalah minoriti yang sangat kecil,” kata beliau ketika menjawab soalan mengenai pos tersebut.

“(Majoriti) sebenarnya mendapati bahawa ia agak baik – agak menyeronokkan.”

Encik Tan berkata pos sebegitu adalah cara beliau membina pengikut dalam talian dan beliau juga mempunyai pos lain, seperti hidangan yang dimakannya “yang membawa masuk 100,000 orang, setengah juta orang... pos yang sederhana”.

Aspek aktiviti media sosial Encik Tan ini telah menimbulkan kebimbangan sejak kebelakangan ini, terutama sejak beliau dianggap layak oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) pada 18 Ogos untuk bertanding jawatan presiden.

Satu urutan perbincangan di forum dalam talian, Reddit, tentang pos Encik Tan telah menarik lebih 1,600 ‘upvote’ atau undian positif, sejak ia dimulakan pada Jumaat.

Encik Tan pada Isnin juga telah mengesahkan pasukan pencadang, penyokong dan lapan penyetuju.

Menjelang Hari Penamaan Calon pada Selasa, Encik Tan mengumumkan bahawa pencadangnya ialah Encik Tan Jee Say, yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011 bersama beliau.

Penyokongnya ialah peguam dan pengasas parti politik Suara Rakyat, Encik Lim Tean.

Lapan penyetuju terdiri daripada pengerusi kehormat Pusat Profesional Singapura, Encik Leong Sze Hian; usahawan, Encik Allan Yeo; penghantar makanan, Encik Manmeet Singh Bahadar Singh; guru prasekolah, Cik Vigneswari V. Ramachandran; pegawai eksekutif pembangunan perniagaan, Encik Vincent Tan; pekerja bebas, Encik Chiu Shin Kong; mahasiswa undang-undang dan pemuzik, Encik Chen Jun Hao; dan pegawai bersekutu klinik pesakit, Cik Khuan Jia Hui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >