Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian tak mahu campur urusan politik

Aug 19, 2023 | 05:03 PM



Bakal calon pilihan raya presiden, Encik Tan Kin Lian, berkata beliau sudah menjamin sokongan daripada penyokong parti pembangkang namun tidak ingin mencampuri urusan politik dalam pertandingan ini.

Beliau menganggap pesaing terbesar baginya ialah mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam. Bagaimanapun, Encik Tan yakin beliau berada dalam kedudukan lebih baik berbanding bakal calon ketiga, mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song.

Bercakap kepada media semasa mengadakan lawatan ke pusat penjaja Kampung Admiralty pagi Sabtu, mantan ketua eksekutif NTUC Income itu berkata beliau yakin “penyokong pembangkang sudah berada di sisinya.”

“Saya tidak ada sebarang keraguan tentang perkara itu kerana Lim Tean dan Tan Jee Say menyokong saya,” ujarnya.

“Tapi saya tahu saya perlu mendekati golongan pertengahan yang membentuk 30 hingga 40 peratus pengundi.”

Ketika melancarkan hasratnya untuk bertanding pada 11 Ogos lalu, Encik Tan, 75 tahun, memperkenalkan seorang anggota parti pembangkang, yang juga mantan penjawat awam, Encik Tan Jee Say, sebagai pencadangnya, sementara peguam yang juga pengasas parti politik Suara Rakyat (PV), Encik Lim Tean, sebagai penyokongnya. 

Namun ketika ditanya apakah beliau berhasrat mencampurkan hal politik dalam pertandingan ini, Encik Tan berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya percaya kita harus memperbaiki keadaan negara dan bukan mengutarakan unsur persaingan politik antara parti A dan B,” katanya.

Semalam hari pertama beliau mengadakan lawatan selepas mendapat Sijil Kelayakan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden pada Jumaat.

Ditanya pandangannya terhadap pesaing lain, Encik Tan berkata meskipun beliau menghormati Encik Ng, pesaing terbesarnya ialah Encik Tharman.

Encik Tan bersetuju bahawa Encik Tharman boleh menjadi presiden yang baik bagi Singapura.

Namun, disebabkan Encik Tharman bukan pihak yang bebas daripada parti berkuasa, beliau tidak berupaya mengubah keadaan negara, katanya, merujuk kepada kerjaya 22 tahun mantan menteri kanan itu dalam pemerintahan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

“Anda mahu pilih Encik Tharman? Saya kira terdapat beberapa masalah dengannya. Saya mungkin salah. Mungkin beliau berupaya berbuat demikian. Tetapi saya yakin rakyat berupaya memikir sendiri siapa berupaya menukar keadaan semasa,” ujarnya.

Encik Tan menambah bahawa dari segi peranan presiden meletakkan kepentingan negara di peringkat antarabangsa, beliau berpengalaman menjadi pengerusi Persekutuan Insurans Bersama dan Koperatif Antarabangsa (ICMIF) antara 1992 dengan 1997.

Beliau juga melihat peranan presiden sebagai platform bagi maklum balas antara orang awam dan pemerintah untuk menangani isu tertentu, seperti kenaikan kos sara hidup.

Encik Tan turut mengumumkan rancangan mengadakan rapat secara fizikal dalam empat bahasa pada 25 Ogos, yang akan juga menampilkan, antara lain, Encik Tan Jee Say dan Encik Lim. Lebih banyak butiran, termasuk lokasinya, akan didedahkan kelak.

Walaupun Jabatan Pilihan Raya mengeluarkan garis panduan pada 12 Ogos bahawa rapat tidak digalak, ia tidak dilarang dari sisi undang-undang, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >