Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: MERAIKAN WANITA - DIPILIH DUTA TENAGA

Kini inginkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, tenaga

Dalam siri khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang bermula pada 8 Mac, Berita Harian menyajikan kisah-kisah wanita yang penuh inspirasi sedang mereka giat berkecimpung dalam bidang masing-masing dan menyahut cabaran yang dihadapi. Kali ini, BH menyorot pengalaman seorang pelajar kejuruteraan yang bukan sahaja dilantik menjadi Duta Tenaga oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada tahun lalu, malah ingin terus berkecimpung dalam sektor ini apabila tamat pengajiannya kelak. Perspektif agama mengenai kedudukan wanita juga ditampilkan.
Mar 09, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN beliau menyedari bahawa sektor kejuruteraan lazimnya dikuasai kaum Adam, ini tidak menghambat minat Cik Zaphia Arisha Solomon Dona Jr, 18 tahun, malah ia menjadi satu motivasi untuknya.



Pelajar tahun kedua bidang kejuruteraan elektronik Nitec Lanjutan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat mendapati dirinya lebih cenderung dan minat dalam subjek tersebut.



Walaupun kursus itu bukan pilihan pertamanya, Cik Zaphia tidak menyesal memilih kursus itu kerana beliau dapat meraih ilmu yang dianggap baru.



"Sebelum ini, saya lebih berminat kepada bidang perniagaan kerana dulu di sekolah menengah, saya mengambil subjek perakaunan.



"Tetapi setelah mula mempelajari lebih dalam kursus ini, saya mendapati topik-topiknya lebih menarik," kongsi Cik Zaphia dalam satu panggilan video bersama Berita Harian baru-baru ini.



Lebih menarik, beliau telah ditawarkan untuk menjadi Duta Tenaga pada tahun lalu di bawah Program Duta Tenaga (EAP) yang dikendalikan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Program itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran di kalangan belia tentang isu berkaitan tenaga dan mencetus minat mereka untuk memberi sumbangan kepada sektor tenaga.



Cik Zaphia merupakan antara tiga Duta Tenaga wanita daripada 11 duta, yang akan berkhidmat selama dua tahun.



Menerusi program itu, Cik Zaphia menceritakan bahawa beliau dapat berkongsi pengalaman yang telah diraih bersama rakan-rakan sekolah.



"Baru-baru ini kami Duta Tenaga telah mengunjungi ladang panel solar terapung di sini. Kunjungan itu amat menarik dan berwawasan," kata anak sulung tiga beradik itu.



Dengan penglibatannya sebagai Duta Tenaga, Cik Zaphia lebih yakin untuk mengejar kerjaya dalam bidang kejuruteraan atau tenaga.



Selepas pengajian di ITE Kolej Barat, beliau merancang meneruskan pengajian di peringkat diploma yang berkaitan kejuruteraan dan kemudian mendapatkan ijazah sarjana muda.



"Saya sedar bahawa matlamat ini tidak mudah tetapi saya ingin melakukan yang terbaik untuk menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diperolehi," tambah beliau yang juga bekerja sambilan dalam industri makanan dan minuman (F&B).



"Sebelum menceburi bidang ini, saya akur saya takut meneruskannya kerana kejuruteraan seringkali dikaitkan dengan lelaki.



"Tetapi dengan sokongan rakan kelas perempuan lain, yang juga cekal untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini, saya rasa lebih bersemangat dan tahu saya tidak keseorangan," jelas beliau lagi.



Beliau mengalu-alukan lebih ramai wanita untuk menceburi bidang kejuruteraan.



"Jangan takut mengotorkan tangan ketika sesi praktikal dan sebagainya. Yang penting, kita harus cuba dahulu dan kemudian lakukan yang terbaik dalam apa yang kita minat. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan rapat juga penting," jelas beliau.



Sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD), Cik Zaphia berharap pilihannya untuk mengejar kerjaya yang kurang dipaparkan wanita, dapat menggalak lebih wanita untuk tampil dan menceburi bidang sedemikian.




"Baru-baru ini kami Duta Tenaga telah kunjungi ladang panel solar terapung di sini. Kunjungan itu amat menarik dan berwawasan. Penglibatan saya sebagai Duta Negara memberi saya keyakinan untuk mengejar kerjaya dalam bidang kejuruteraan atau tenaga. Selepas pengajian di ITE, saya merancang teruskan pengajian diploma berkaitan kejuruteraan dan kemudian mendapatkan ijazah sarjana muda. Saya sedar bahawa matlamat ini tidak mudah tetapi saya ingin melakukan yang terbaik untuk menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diperolehi."
- Cik Zaphia Arisha Solomon Dona Jr, 18 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >