Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kisah inspirasi pelajar prihatin nasib masyarakat diiktiraf Anugerah Gemilang Mendaki

Jul 29, 2023 | 09:12 PM



Daripada sekadar berjinak-jinak dalam aktiviti sukarelawan semasa menuntut di maktab rendah, tersemai pula dalam diri Encik Abdul Mateen Abdul Malik sikap tanggungjawab yang mendalam terhadap masyarakat.

Bekas pelajar Maktab Rendah Victoria itu mula menaburkan bakti dalam program relawanan kendalian sekolahnya pada tahun pertama persekolahan semasa usianya 17 tahun dengan menulis kad dan mengedarkan makanan kepada warga emas.

Tetapi di situlah detik yang membuka matanya terhadap keadaan kehidupan bagi warga emas sedemikian.

Jejaka berusia 19 tahun itu berkata: “Ia sesuatu pengalaman yang benar-benar membuka mata kerana ia pertama kali saya turun padang dan melihat (keadaan) kawasan perumahan golongan berpendapatan rendah dan berinteraksi dengan penduduk warga emas yang tinggal di sana.

“Dari situ, timbul rasa syukur kerana nasib saya yang baik.

“Pada masa yang sama, ia juga mendorong saya dan memberi saya motivasi untuk lakukan lebih banyak bagi membantu masyarakat.”

Berbekalkan kecekalan itu, beliau melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukarelawan seperti menjadi pemudahcara bagi program Coding Games bagi kanak-kanak kendalian Kor Belia Singapura (YCS) dan melibatkan diri dalam Sesi Bertemu Rakyat (MPS) bagi mengetahui isu-isu yang menjejas warga secara lebih mendalam.


Ini di samping mengimbangkan masa dengan pelajarannya – beliau meraih keputusan penuh 90 mata dalam peperiksaan GCE ‘A’.

Hasil sumbangannya kepada masyarakat dan kecemerlangannya dalam bidang akademik, beliau telah diiktiraf Anugerah Gemilang Mendaki dalam satu acara penganugerahan pada Sabtu di majlis yang berlangsung di hotel voco Orchard Singapura.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang hadir sebagai tetamu terhormat.

Encik Abdul Mateen, yang kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), berkata:

“Anugerah ini merupakan satu (pencetus) inspirasi buat diri saya... untuk terus memainkan peranan saya membantu masyarakat secara am.”

Beliau turut menerima dua anugerah sampingan iaitu Anugerah Mendaki dan Anugerah Pencapaian Akademik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >