Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian pantas antigen percuma di Geylang Bahru dan Teck Whye Ave

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK yang tinggal berdekatan Pasar dan Pusat Makanan Geylang Bahru dan 146 Pasar Teck Whye Avenue mengambil kit ujian-sendiri ujian pantas antigen (ART) percuma semalam dan hari ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan kit-kit itu kepada individu yang telah mengunjungi pasar dan pusat makanan terpilih dalam 14 hari lalu, seperti penduduk yang tinggal berdekatan tempat-tempat tersebut.



Pengambilan kit itu berlangsung selama dua hari di Pusat Jawatankuasa Penduduk berhampiran dua pasar itu.



Dalam kenyataannya kelmarin, MOH mengumumkan dua kelompok baru - berkaitan dengan Kes 65,893 dan Kes 65,846 - sementara tiga kelompok ditutup.



Kelompok-kelompok yang ditutup ialah kelompok Pasar & Pusat Makan 115 Bukit Merah View; 119 Bukit Merah View; dan kelompok Kes 64,394.



"Oleh kerana tiada lagi kes yang dikaitkan dengan Pasar & Pusat Makanan di 115 Bukit Merah View; 119 Bukit Merah View; dan kelompok Kes 64,394 bagi tempoh inkubasi 28 hari, kelompok-kelompok itu kini telah ditutup," kata MOH.



Sementara itu, lima kes baru dikaitkan dengan kelompok Samy's Curry Restaurant, yang kini mempunyai 13 kes, serta kelompok KTV yang kini memiliki 237 kes.



Kini, Singapura mempunyai 25 kelompok aktif.



Bilangan kes baru dalam masyarakat naik daripada 324 kes pada minggu sebelumnya kepada 1,056 kes minggu lalu, menurut MOH.



"Kita mungkin melihat bilangan kes yang tinggi dalam beberapa hari mendatang sedang kami meningkatkan usaha mengesan kes-kes ini demi mengekang penularannya dalam masyarakat," kata MOH.



Bilangan kes tanpa hubungan juga naik, daripada 24 kes dua minggu lalu kepada 136 kes pada minggu lalu.



MOH turut mengatakan sebanyak 7.13 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sehingga Sabtu lalu.



Lebih 50 peratus penduduk - atau 3.02 juta orang - telah divaksinasi sepenuhnya.



Di samping itu, lebih 82,400 dos vaksin Sinovac telah diberi kepada 67,743 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >