Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KKH lancar program reda bimbang dan sakit dengan lagu semasa pembedahan Caesarean

May 10, 2023 | 05:30 AM



HOSPITAL Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) telah melancarkan program campur tangan berasaskan muzik pertama di Singapura, "Healing Tunes", untuk meredakan kebimbangan dan rasa sakit dalam wanita yang sedang menjalani pembedahan Caesarean.



"Kebanyakan ibu mengandung anestesi spinal semasa pembedahan Caesarean secara pilihan. Semasa prosedur ini, mereka sedar, mungkin berasa cemas dan memikirkan kemungkinan pengalaman sakit negatif.



"Dalam kajian yang kami jalankan ke atas pesakit KKH, kami mendapati bahawa kebimbangan adalah berleluasa dalam tujuh daripada sepuluh pesakit.



"Tetapi, dengan intervensi berasaskan muzik, keadaan mereka bertambah baik dengan ketara," kata Profesor Madya Sng Ban Leong, Pengarang Kanan kajian, dan Ketua dan Perunding Kanan, Jabatan Anestesia Wanita, KKH.



Dalam kajian terhadap 108 wanita di KKH, bagi pesakit yang melalui intervensi berasaskan muzik semasa pembedahan Caesarean di atas pilihan mereka, markah kebimbangan mereka berkurangan sebanyak separuh, dan markah semasa seseorang individu memikirkan tentang rasa sakit dalam keadaan paling buruk, dan berasa tidak berdaya atau tiada harapan, berkurangan sebanyak 35 peratus.



"Ia penting untuk menguruskan kebimbangan dalam perjalanan pesakit - sebelum, semasa dan selepas pembedahan.



"Kebimbingan biasa berkaitan dengan peningkatan tekanan darah, kadar jantung dan pernafasan, menambah kepada tekanan pada badan pesakit semasa pembedahan.



"Pesakit dengan kebimbangan yang sedia juga cenderung untuk mengalami markah kesakitan yang lebih tinggi selepas bersalin secara Caesarean, dan ini akan membawa kepada peningkatan risiko mengalami kesakitan yang berterusan dan kemurungan selepas bersalin. Menangani kebimbangan meletakkan pesakit dalam keadaan optimum untuk pembedahan dan pemulihan mereka," tambah Profesor Madya Sng.



Lazimnya, kebimbangan yang berkaitan dengan pembedahan akan dirawat dengan ubat-ubatan.



Tetapi, dalam masa terdekat, intervensi berasaskan muzik telah muncul sebagai kaedah yang berkesan demi meredakan kebimbangan.



Cik Kayla Wong, Ahli Terapi Muzik Kanan di 'Program Terapi Kehidupan, Seni dan Muzik Kanak-kanak' (CHAMPs) berkata, "bukti menunjukkan bahawa campur tangan berasaskan muzik berkesan bagi merendahkan kebimbangan, dan hasilnya, ia menjadikan pembedahan Caesarean itu kurang menggerunkan.



"Dengan mendengar muzik yang diminati pesakit, ia mempunyai kesan menenangkan seseorang yang tinggi, sekaligus, memberi kesan mengurangkan kebimbangan pesakit."



Semua pesakit yang sedang menjalani pembedahan Caesarean atas pilihan sendiri, akan ditawarkan program intervensi berasaskan muzik ini sebahagian daripada perjalanan bersalin KKH.



Cik Shen Haiying, Pengurus Jururawat Kanan, dewan beda, KKH, berkata:



"Pesakit digalakkan untuk memilih lagu pilihan mereka daripada pilihan lagu yang merangkumi semua genre, bagi memenuhi pilihan mereka yang pelbagai.



"Kemudian, mereka mencipta satu senarai main lagu berdasarkan pemilihan mereka dan mendengar lagu-lagu yang dipilih sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Pesakit juga digalakkan memasukkan lagu pilihan mereka, sekiranya lagu yang diingini tidak berada dalam pilihan yang disediakan.



"Sembilan daripada 10 pesakit yang sedang mengandung telah mengambil bahagian dalam intervensi berasaskan muzik ini sejak pelaksanaannya sebulan yang lalu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >