Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik gigi khas bagi warga emas berpenyakit kronik di Hospital Alexandra

Apr 03, 2023 | 08:32 PM



KLINIK pergigian satelit pertama, yang dikhususkan untuk warga emas berusia 65 tahun ke atas dan menghidapi penyakit kronik, telah dibuka rasmi oleh Pusat Kesihatan Pergigian Universiti Nasional (NUCOHS) di Hospital Alexandra.



Sejak klinik tersebut beroperasi pada 8 Mac, 100 pesakit warga emas telah mendapatkan rawatan gigi di klinik itu.



Terletak di kawasan barat Singapura yang mempunyai sekitar 159,000 penduduk warga emas, klinik itu khas untuk pesakit kronik seperti penyakit neurokognitif dan ketidakupayaan secara fizikal dan kognitif.



“Kajian telah menunjukkan kaitan rapat antara kesihatan mulut dengan kesihatan umum. Contohnya hubungan antara kencing manis dengan penyakit periodontal (gusi),” kata Setiausaha Parlimen Kanan, (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, pada Isnin semasa pembukaan Klinik Pergigian NUCOHS itu.



Justeru, penting bagi golongan warga emas menangani keperluan kesihatan mulut yang tidak boleh dipandang remeh, katanya.



Klinik baru itu mempunyai lima bilik rawatan yang menawarkan peralatan pergigian geriatrik, seperti pencondongan kerusi roda atau wheelchair tilter untuk pesakit yang mempunyai masalah pergerakan dan boleh kekal di kerusi roda semasa rawatan.



Antara khidmat klinikal yang ditawarkan termasuk dalam bidang penyakit gusi dan pengurusan gigi yang sakit, reput dan tanggal.



Perkhidmatan itu termasuk penskaleran, rawatan pemulihan dan prosedur penggantian gigi.



Kini, lebih 30 peratus penduduk Singapura berusia 65 tahun ke atas tidak mempunyai gigi asli yang berfungsi dan berisiko tinggi untuk kehilangan gigi.



“Penjagaan gigi terutamanya penting supaya mereka boleh makan dengan baik dan mendapatkan khasiat pemakanan daripada diet seimbang,” tambah Cik Rahayu.



Klinik seluas 201 meter persegi itu mempunyai keupayaan untuk merawat 100 pesakit seminggu – sejajar dengan misi Hospital Alexandra untuk menyediakan penjagaan menyeluruh sehenti bagi pesakit.



“Pesakit yang memerlukan penjagaan khusus geriatrik bagi kesihatan mulut akan dapat beralih di dalamnya.



“Malah, pesakit yang dirujuk kini boleh datang ke hospital untuk keperluan pergigian dan menggunakan rangkaian lengkap perkhidmatan,” kata Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Hospital Alexandra, Profesor Jason Phua.



Pengangkutan percuma disediakan untuk pesakit luar yang mengalami masalah pergerakan dari rumah ke klinik.



Selain itu, Hospital Alexandra akan menjadi tapak bagi Fakulti Pergigian, Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk latihan dan penyelidikan dalam bidang pergigian geriatrik yang berasaskan golongan warga emas di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >