Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kod Keselamatan Dalam Talian kuat kuasa 18 Jul

Jul 17, 2023 | 05:32 PM



Bagi menyediakan pengalaman dalam talian yang lebih selamat untuk pengguna Singapura, perkhidmatan media sosial seperti Facebook, HardwareZone, Instagram, TikTok, Twitter, dan YouTube perlu mematuhi Kod Amalan untuk Keselamatan Dalam Talian (Kod Keselamatan Dalam Talian), berkuat kuasa mulai 18 Julai.

Kod itu bertujuan mengurangkan risiko pengguna media sosial di Singapura, terutama kanak-kanak, daripada terdedah pada kandungan berbahaya dalam talian yang telah dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Isnin. 

Ia akan memerlukan enam perkhidmatan media sosial itu meningkatkan keselamatan dalam talian di Singapura dan mengekang penyebaran kandungan berbahaya pada wadah mereka.

Kod itu, yang diperkenalkan setelah Akta Keselamatan Dalam Talian (Pelbagai Pindaan) berkuat kuasa pada 1 Februari 2023, akan meliputi kandungan berbahaya berkaitan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri, pembulian siber, serta yang membahayakan kesihatan awam dan memudahkan kegiatan maksiat dan jenayah terancang.

Dalam kenyataannya pada Isnin, IMDA berkata menangani ancaman kandungan berbahaya dalam talian adalah isu sejagat yang memerlukan usaha seluruh masyarakat.

“Pemerintah Singapura telah mengukuhkan rangka kerja kawal selia kami dan akan meneruskan usahanya dalam memastikan bahawa langkah-langkah kawal selia dan pendidikan awam dapat menangani pelbagai kandungan berbahaya dalam talian yang semakin meningkat dan melindungi pengguna Singapura daripada bahaya dalam talian,” jelas penguasa itu.

Di bawah kod baru itu, perkhidmatan media sosial, antaranya, perlu menetapkan sistem dan peralatan untuk menangani kandungan berbahaya.

Ini termasuk menyembunyikan kandungan berbahaya dan interaksi yang tidak diingini, mengehadkan perkongsian lokasi dan keterlihatan akaun daripada pengguna lain.

Bagi pengguna kanak-kanak, mereka tidak harus menerima iklan, kandungan yang dipromosikan dan cadangan kandungan yang boleh memudaratkan kesejahteraan fizikal atau mental mereka.

Perkhidmatan media sosial ini juga perlu memperkasakan pengguna Singapura dengan mekanisme pelaporan yang berkesan dan mudah digunakan untuk melaporkan kandungan berbahaya atau interaksi yang tidak diingini.

Setiap perkhidmatan media sosial turut perlu menerbitkan laporan keselamatan dalam talian setiap tahun, untuk membantu pengguna membuat pilihan termaklum mengenai wadah mana yang terbaik untuk menyediakan pengalaman selamat bagi pengguna.

Laporan tahunan keselamatan dalam talian itu dikehendaki dikemukakan pada separuh kedua 2024, dan diterbitkan dalam talian di laman web IMDA.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam catatan di Facebook pada Isnin, menambah:

“Pengguna media sosial seperti kita juga boleh membantu. Jangan abaikan sahaja atau lebih teruk, sebarkan lagi kandungan dalam talian yang berbahaya.

“Sebaliknya, laporkan mereka kepada platform media sosial dengan segera dan galakkan orang lain supaya melakukan perkara yang sama. Bersama-sama, kita boleh mencipta ruang dalam talian yang lebih selamat untuk semua.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >