Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Google, badan S’pura perkukuh keselamatan dalam talian

Fokus keselamatan digital dan kesedaran penipuan; pengesanan kandungan berbahaya; dan kemahiran keselamatan siber
Jul 07, 2023 | 06:39 PM



Google telah mengumumkan kerjasama dan inisiatif baru dengan pelbagai sektor sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan keselamatan dalam talian untuk warga Singapura dan perniagaan.

Pengumuman itu dibuat semasa acara Safer with Google pertama yang dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, pada Jumaat.


“Walaupun 75 peratus penduduk Singapura masih melihat digitalisasi secara positif, ketidakselesaan semakin meningkat. Akibatnya, kira-kira separuh responden Kajian Kesediaan Digital oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada 2022 berkata mereka bersedia menerima risiko yang datang dengan penggunaan teknologi, berbanding 66 peratus pada 2020.

“Jelas sekali, terdapat keperluan untuk mengukuhkan kepercayaan dan menjaga kesejahteraan rakyat apabila mereka masuk ke dalam talian,” kata Cik Teo, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.

Justeru, tiga usaha fokus yang diutamakan oleh Google ialah keselamatan digital dan program kesedaran penipuan; pengesanan kandungan berbahaya; dan kemahiran keselamatan siber.

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan celik digital kepada kumpulan terdedah seperti kanak-kanak kecil dan warga tua, Google akan melengkapkan mereka dengan program celik digital demi melindungi diri daripada laman yang berbahaya.

Google telah mencapai matlamatnya dengan melatih 50,000 ibu bapa dan anak-anak tentang keselamatan siber, maklumat salah dan privasi melalui program Be Internet Awesome dan Taman Keselamatan Dalam Talian Google.


Sebagai langkah susulan, Google akan melatih 50,000 lagi ibu bapa dan kanak-kanak tentang keselamatan dalam talian bersama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Majlis Celik Media (MLC) menjelang 2024.

Project PRAISE oleh Pasukan Polis Singapura dan RSVP Singapura akan melatih lebih 100 warga emas untuk menjadi penyokong antipenipuan yang akan memberi manfaat kepada 200 benefisiari warga emas mengenai keselamatan dalam talian dan pengetahuan antipenipuan.

Menangani kemudaratan dalam talian yang semakin ketara adalah penting, justeru YouTube memutuskan untuk menyertakan empat pertubuhan Singapura, termasuk SG Her Empowerment dan Samaritans of Singapore (SOS), ke dalam Program YouTube Priority Flagger (YTPFP).

Ini membolehkan pertubuhan itu memberi isyarat kewaspadaan terhadap kandungan yang melanggar garis panduan Komuniti YouTube dan memanfaatkan pakar pengetahuan industri dalam mengenal pasti pengisian yang melanggar dasar.

Menerusi program yang memberi amaran kewaspadaan yang dilancarkan Google Cloud, ia akan membantu mengenal pasti tapak web pancingan data dan perisian hasad. Pasukan Polis Singapura antara pertubuhan pertama yang mendaftar bagi program itu.

Selain itu, Google akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Singapura untuk menawarkan Sijil Keselamatan Siber kepada kira-kira 100 perusahaan secara percuma. Sijil itu membolehkan pelajar mengenal pasti risiko, ancaman dan kelemahan yang perlu diketahui dalam membina daya tahan dan keupayaan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >