Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Kod QR, robot rondaan antara daya usaha bantu reda kesesakan NDP

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura yang ingin ke kawasan Marina Bay untuk menyaksikan bunga api pada 9 Ogos disarankan untuk mengimbas kod QR Crowd@MarinaBay untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesakan kawasan yang ingin dituju.



Pasukan Polis Singapura telah menyediakan laman Crowd@MarinaBay, iaitu sebuah peta dalam talian yang memberikan maklumat akan keadaan di sesebuah kawasan secara langsung.



Pengguna akan dapat melihat tahap kesesakan di peta dalam talian menerusi empat warna - hijau, kuning jingga dan merah. Jika kawasan tersebut diwarnakan merah, ia bermakna kawasan tersebut telah ditutup kerana sudah penuh, manakala jika kawasan itu berwarna hijau, ia bermakna kawasan itu tidak ramai.



Pengguna boleh mengakses Crowd@MarinaBay melalui komputer dan telefon bijak.



Orang ramai digalakkan untuk menggunakan peta secara langsung ini supaya dapat merancang kunjungan mereka ke kawasan Marina Bay agar dapat mengelak kawasan yang sesak untuk pengalaman yang lebih baik.



Wadah peta dalam talian ini adalah antara ciri-ciri keupayaan teknologi yang ditawarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk keselamatan sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini yang kembali dengan lebih rancak.



Anggota polis yang dikerah untuk bertugas pada NDP akan disokong dengan keupayaan teknologi yang berfungsi sebagai daya tahan berganda.



SPF memahami keselamatan amat penting dalam memastikan acara berjalan dengan lancar, justeru mereka telah mengerahkan lebih banyak sumber keselamatan bagi memastikan sambutan NDP selamat dan berjaya.



Selain itu, rakyat Singapura juga boleh melihat robot rondaan kerjasama SPF dan Teknologi Home Team (HTX) yang akan dikerahkan di tempat-tempat yang dijangka akan mempunyai lebih orang.



Fungsi robot ini adalah untuk membantu dalam menguruskan kesesakan orang ramai dan juga untuk mengesan sebarang ancaman keselamatan.



SPF akan mengerahkan dua robot di Esplanade Waterfront dan dua lagi di Downtown MRT.



Robot-robot ini akan dipantau oleh anggota bertugas di Pusat Perintah Polis.



Robot rondaan itu mempunyai sistem interkom dua hala, oleh itu orang awam boleh berhubungan dengan anggota bertugas di Pusat Perintah Polis berkaitan jenayah dan keselamatan.



Menerusi robot itu juga, pegawai polis dapat menyiarkan mesej penting sama ada dengan pengumuman secara langsung, memainkan fail audio yang telah dirakam ataupun memaparkan mesej tersebut di skrin LCD di bahagian depan robot itu.



Robot rondaan itu juga dilengkapi dengan kamera yang menyediakan visual daripada berbilang sudut supaya anggota polis dapat melihat dan memantau kawasan tersebut dengan lebih baik menerusi lensa robot demikian.



Penolong pengarah (Acara Keselamatan Utama) Jabatan Operasi SPF, Superintenden Audrey Ong, berkata:



"Lebih 2,000 anggota dan pegawai polis daripada pelbagai unit dikerahkan untuk menyediakan keselamatan darat dan laut di Marina Bay dan persekitarannya pada Perbarisan Hari Kebangsaan.



"Pihak polis akan terus menggunakan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan operasinya semasa NDP 2022... untuk melengkapkan kami dalam pengurusan orang ramai dan operasi keselamatan awam."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >