Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kok Song gembira dapat beri warga S’pura peluang mengundi

Yakin Tharman akan jadi Presiden baik
Sep 02, 2023 | 12:17 AM



Calon Presiden, Encik Ng Kok Song, melahirkan rasa gembira bagi bakal Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang katanya sememangnya telah mendapat mandat daripada warga Singapura untuk menjadi ketua negara.

Bercakap kepada media setelah kiraan sampel diumumkan, Encik Ng yang berada di pejabat media sosial pasukan kempennya berkata beliau mengaku tewas pada pesaingnya itu dan “gembira” dan “sangat bahagia” baginya.

Encik Ng menerima 15.72 peratus undi atau 390,041 undi, sementara Encik Tharman menerima 70.4 peratus.

Seorang lagi pesaing, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, menerima 13.88 peratus undi.

Encik Ng, 75 tahun, berkata tujuan utamanya menyertai Pilihan Raya Presiden kali ini adalah untuk memastikan warga Singapura berpeluang melaksanakan hak mereka untuk mengundi dan beliau gembira ia telah dapat dilakukan.

“Peratusan undi yang agak rendah yang saya perolehi adalah harga yang saya rela bayar untuk memberi peluang kepada warga Singapura melaksanakan hak mereka untuk mengundi.

“Itu adalah matlamat utama apabila saya memutuskan untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan saya gembira saya telah mencapai tujuan tersebut,” ujar Encik Ng.

Beliau turut menambah bahawa beliau ingin menjadi contoh kepada orang yang baik dan berkebolehan untuk tampil dan berkhidmat kepada negara.

“Satu lagi tujuan (menyertai Pilihan Raya) ialah sebagai rasa berterima kasih kepada negara saya atas apa yang ia telah berikan kepada saya.

“Saya akan terus berkhidmat kepada negara saya sehingga ke nafas terakhir saya,” kata Encik Ng.

Mantan ketua pegawai pelaburan syarikat pelaburan negara GIC itu turut melahirkan rasa terima kasihnya terhadap warga Singapura yang telah memilihnya serta para penyokongnya.

“Warga-warga Singapura ini telah meletakkan nama-nama mereka demi menyokong saya dan menaikkan saya daripada seorang yang tidak dikenali sebelum ini,” ujar Encik Ng.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan kempennya, keluarganya, tunangnya, Cik Sybil Lau dan dua haiwan peliharaannya, Cotton dan Max.

Encik Ng turut menyampaikan ucap selamat kepada Encik Tharman dengan mengatakan:

“Saya doakan Encik Tharman berjaya dalam jawatan Presiden dan saya yakin beliau akan menjadi Presiden yang sangat baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >