Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Memperkasa diri bagi penjagaan jika ada diabetes

Diabetes telah menjadi satu keadaan wabak di seluruh dunia dan ia amat membimbangkan, dengan itu mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mengisytiharkan 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia. Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis yang diperingati setiap tahun. Ia diperkenalkan pada 1991 oleh IDF dan WHO sebagai gerak balas atau peringatan terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini, di samping menggalakkan mereka memerangi cabaran dan kerumitan hidup disebabkan penyakit diabetes. BERITA HARIAN mendapatkan pakar berkongsi tentang pentingnya untuk memberikan keyakinan kepada pesakit diabetes sama ada penyakit dan keluarga bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran tersebut.
Nov 28, 2022 | 05:30 AM



Penjagaan menyeluruh bagi diabetes



Kini hidup dengan Covid-19 menjadi kenyataan. Situasi dewasa ini mungkin tidak terfikir pada awal 2020.



Dengan serta-merta, pelbagai perkembangan telah dipercepatkan bagi mencapai matlamat hidup bersama Covid-19 seperti yang sedia ada.



Bagaimana pula dengan pandemik diabetes yang telah berleluasa?



Peningkatannya di peringkat antarabangsa semakin ketara, bahkan juga bagi golongan muda kurang dari usia 40 tahun termasuk ibu-ibu yang hamil, terutama sekali di Asia Tenggara.



Apakah yang boleh dilaksanakan oleh setiap individu untuk hidup dengan diabetes?



Adakah mungkin kegerunan kerumitan diabetes menjadi faktor penyebab untuk sukar menerima kenyataan bahawa seseorang itu dikenalpasti menghidapi penyakit kronik ini?



Yang pasti, diabetes bukan hukuman mati. Lebih awal seseorang menjalani ujian saringan dan mengambil langkah untuk menangani penyakit kronik ini, lebih mudah ia dapat dikawal.



Dengan kawalan yang optimal, risiko kerumitan jangka masa pendek dan panjang dapat dielakkan agar dapat hidup seakan masyarakat umum.



Bahkan, bagi diabetes jenis 2, tahap toleransi glukosa boleh



kembali biasa jika dapat dikenal pasti pada tahap pradiabetes dengan ujian saringan saban tahun, terutama sekali bagi mereka yang berisiko tinggi seperti disebabkan keturunan terutama ketika dalam kandungan atau indeks jisim badan yang berlebihan di bawah kriteria Asia.



Ini dapat dicapai dengan mengatur langkah gaya hidup yang tegas dan rapi dari segi senaman serta pengurangan berat badan yang berlebihan untuk merawat penyakit kronik ini.



Namun, ini harus dilakukan di bawah jagaan pasukan kesihatan yang bertauliah dan pemantauan tetap perlu seumur hidup kerana terdapat risiko penyakit ini berbalik semula.




Pendidikan adalah faktor utama bagi perkasa individu



Apakah inti sari bagi menangani penyakit kronik ini dengan sebaik-baiknya hingga mencapai tahap kawalan sasaran individu?



Tahap kawalan sasaran individu dipastikan berdasarkan beberapa faktor termasuklah usia, sebarang kerumitan yang sedia ada, jenis pekerjaan, motivasi individu, tahap sokongan keluarga, situasi di rumah dan sumber-sumber kewangan.



Misalnya, adalah sukar untuk mencapai kawalan yang terbaik bagi mereka yang lanjut usia dan kekurangan sokongan keluarga di rumah hingga mengurangkan kebolehan bertindak dengan pantas jika timbulnya hipoglisemia terutama sekali jika ada kerumitan sakit jantung atau buah pinggang di mana hipoglisemia mungkin lebih memudaratkan.



Tahap pengetahuan am yang baik berkenaan diabetes adalah langkah pertama yang perlu dicapai.



Dengan ini, individu dapat mengaplikasikan ilmu bagi mengawal tahap glukosa serta menangani masalah yang mungkin timbul. Misalnya, memahami kesan kombinasi kumpulan makanan dalam hidangan pada tahap glukosa dapat memberikan kawalan tahap glukosa yang baik bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.



Memahami tanda-tanda hipoglisemia menolong individu mengesannya lantas memantau tahap glukosa untuk mengesahkannya diikuti dengan langkah demi langkah rawatan yang perlu bagi meningkatkan tahap glukosa ke tahap biasa dan kemudian memantapkan tahap agar dapat mengelakkan daripada situasi tidak sedarkan diri.



Namun, kajian telah menunjukkan terdapat jurang antara tahap pengetahuan dengan mengaplikasikan ilmu yang ada menyebabkan rawatan yang tidak sesuai bagi kerumitan yang dihadapi.



Akhirnya, ia menyebabkan kesan jangka masa panjang seperti ketidakrsedaran yang tidak disangka-sangka.



Ini bersebab daripada pengabaian tanda-tanda awal hipoglisemia dan kekurangan pemantauan tahap glukosa, terutama sekali ketika berpuasa.




Langkah yang perlu diambil untuk perkasa individu hidup dengan diabetes



Selain daripada meningkatkan tahap pengetahuan am, pengetahuan khusus untuk situasi istimewa adalah perlu.



Sebagai contoh, adalah bermanfaat untuk menyelaraskan rawatan dan pengurusan agar mengecapi tahap glukosa yang terbaik mungkin untuk memandu, bersenam, menjalani ibadah-ibadah puasa atau haji, penyediaan sebelum melancong, pengurusan hari sakit, langkah sebelum menjalani prosedur atau pembedahan.



Ini dapat dicapai dengan berbekalkan set kemahiran tertentu.



Antara kemahiran yang unggul ialah pemantauan tahap glukosa dari darah kapillari, pemantauan glukosa kilat atau pemantauan glukosa berterusan menerusi cecair celahan badan untuk mengesan tahap glukosa pada selangan waktu yang kerap tetapi munasabah bagi mengambil langkah khusus.



Dengan memahami sebab timbulnya kerumitan jangka pendek dan jangka panjang, individu dapat mengelakkan kerumitan berulang dan seterusnya, dari timbulnya kerumitan yang lain.



Masalah tahap glukosa yang tidak mantap boleh ditangani dengan mengubahsuaikan rawatan dengan mempelajari kemahiran baru.



Sebagai contoh, terdapat rawatan tertentu yang boleh mengawal tahap glukosa, selera makan dan sekali gus menurunkan berat badan, jenis pil dan suntikan.



Namun jika tahap glukosa tidak konsisten, memadankan jenis insulin pada jenis dan jumlah pemakanan serta aktiviti adalah lebih selamat.



Akhir sekali, hendaklah menjalinkan kerjasama dengan pasukan penjaga kesihatan dan kekalkan komunikasi yang berterusan berkenaan kawalan atau jika mengharungi sebarang kerumitan.



Ini dapat dilaksanakan sama ada menerusi rundingan secara bersemuka atau pemantauan jarak jauh bagi menjangkau matlamat mencapai tahap glukosa sebaik mungkin berdasarkan sumber-sumber sokongan yang ada.



Justeru, jelas sekali perlunya mengambil langkah bertahap-tahap kerana dapat menjalani kehidupan yang selazim mungkin.



Namun begitu, di mana pun tahap individu berada pada waktu ini, belum terlambat jua.



Mulakan hari ini untuk mencapai keberkesanan kawalan glukosa anda agar dapat hidup dengan diabetes bagi masa hadapan yang lebih cerah.



  • Penulis Konsultan Kanan, Jabatan Endokrinologi, Hospital Besar Sengkang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >