Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kondo Island View lancar jualan kolektif pada $575j

Sep 19, 2023 | 02:49 PM



Kondominium pegangan bebas Island View di Pasir Panjang sedia untuk dijual secara kolektif dengan harga rizab $575 juta, kata ejen pemasaran tunggal PropNex pada Isnin.

Ini mencapai kadar tanah sekitar $1,623 setiap kaki persegi (psf) setiap nisbah plot (ppr), selepas mengambil kira 7 peratus keluasan lantai kasar bonus yang dibenarkan untuk balkoni dan anggaran caj pembaikan tanah sebanyak $178 juta, menurut Business Times.


Di bawah Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) 2019, tapak itu dizonkan untuk kegunaan kediaman dengan 1.4 nisbah plot kasar yang dibenarkan dan kawalan ketinggian bangunan sehingga lima tingkat.

Berdasarkan purata saiz unit sekitar 1,076 kaki persegi, projek baharu itu boleh menghasilkan sehingga 402 rumah baharu, kata PropNex.

Dibina pada 1984, kondominium ini terletak di atas plot seluas 309,543 kaki persegi di Jalan Mat Jambol.

PropNex berkata bangunan 72 unit itu terletak di tapak berbukit hanya 330m dari stesen MRT Pasir Panjang.

Ketua jualan kolektif PropNex, Encik Laurence Wong, berkata: “(Ini adalah) tanah kondominium pegangan bebas terbesar di Pasir Panjang… Selain itu, tapak ini menghadap pantai selatan Singapura, yang berpotensi menawarkan unit di tingkat yang lebih tinggi dengan pemandangan laut.”

Beliau menambah bahawa pelabur mungkin mendapat manfaat daripada “permintaan pajakan yang besar” disebabkan oleh kawasan tapak dengan kawasan pejabat seperti Mapletree Business City, Science Park, one-north dan Alexandra Technopark.

“Dalam jangka panjang, daerah Pasir Panjang boleh mendapat manfaat daripada pembangunan masa depan di kawasan itu, seperti Greater Southern Waterfront – pintu masuk utama baharu untuk kehidupan bandar dan aktiviti komersial – dan usaha merancakkan semula Sentosa dan tarikannya.”

Island View ialah jualan kolektif kedua yang dilancarkan dalam masa seminggu.


Rabu lalu, kondo Pine Grove pegangan dengan tempoh pegangan 99 tahun di Holland Road mahu dijual pada harga panduan $1.95 bilion – bermakna pada harga $1,434 nisbah satu kaki persegi bagi setiap plot (psf ppr), selepas mengambil kira anggaran caj pembaikan tanah sebanyak $1 bilion untuk pengukuhan penggunaan tanah dan naik taraf pajakan bagi tapak seluas 893,218 kaki persegi, yang bermakna kos pembelian efektif $3 bilion.

Ketua eksekutif Huttons, Encik Mark Yip, menyatakan bahawa pasaran jualan kolektif terus “sepi pada masa ini”.

“Analisis Data Huttons menganggarkan bahawa lebih 20 tender jualan kolektif ditutup pada 2023, tetapi daripada jumlah itu, hanya Meyer Park dan Kew Lodge berjaya dijual,” katanya.

Meyer Park yang mempunyai 60 unit dijual kepada UOL Group dan Singapore Land Group pada Februari dalam percubaan jualan secara kolektif ketiganya pada harga $392.2 juta atau $1,668 psf ppr.

Kew Lodge, tapak kediaman dengan pegangan bebas di Kheam Hock Road, dijual kepada anak syarikat Woh Hup pada Mei dengan harga $66.8 juta, atau $1,940 psf ppr.

Pemaju juga semakin berhati-hati dalam membeli tanah di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan kos pembiayaan yang melambung, kata Encik Nicholas Mak, ketua pegawai penyelidik di Mogul.sg, merujuk kepada Jualan Tanah Pemerintah baru-baru ini.

Minggu lepas, hanya dua bidaan diterima untuk plot di Lentor Close.

Sementara itu, enam bidaan bersaing untuk satu bidang tanah di Champions Way di Woodlands, dengan tawaran di bawah jangkaan.

Sebagai perbandingan, tender untuk tapak kondominium eksekutif di Tengah, menarik sembilan bidaan apabila ia ditutup pada 27 Jun.

Encik Mak juga menyatakan bahawa setakat ini, hanya dua kaveat telah disimpan di kondo Island View.

Transaksi terbaharu adalah untuk unit seluas 325 meter persegi pada Jun sekitar $5 juta, atau $1,415 psf.

Itu meletakkan kadar tanah $1,623 psf ppr pada premium yang tinggi sedikit, katanya.

Encik Yip Huttons berkata: “Jika harga yang diminta adalah selaras dengan harga tanah baru-baru ini dan kuantumnya sesuai, ia mungkin mempunyai peluang untuk berjaya dijual.”

Tender untuk Island View akan ditutup pada 2 petang, 9 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >