Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert Raya Esplanade ditunda, acara percuma dibawa ke dalam talian

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



ANAK seni setempat sudah bersiap siaga menjayakan Pesta Raya - Festival Seni Melayu di pelbagai ruang persembahan Esplanade dengan bertemu serta menghiburkan penonton mulai semalam.



Namun, akur pada perintah memperketat langkah pengurusan keselamatan pada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang diumumkan pada 14 Mei lalu untuk mengurangkan risiko penularan kes Covid-19 dalam masyarakat, beberapa program dan bengkel Pesta Raya dibatalkan.



Namun, jurucakap Esplanade menjelaskan acara-acara ini ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak jika keadaan wabak ini lebih baik dan pulih.



Antara acara yang dibatalkan termasuk konsert Sanisah Huri - Pelayaran Seni Lima Darsawarsa yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.



Turut terjejas adalah persembahan irama tradisional, rakyat dan kerohanian Tempoh; pementasan teater yang mengimbas hubungan dengan ibu, Pulang Balik; tarian interaktif GARAP Garage serta bengkel ibu bapa dan anak yang menyentuh tentang tarian Melayu asas, bengkel lukisan batik serta bengkel alat genderang menggunakan anggota tubuh dan vokal, Pang Tung!



Penerbit The Esplanade Co Ltd, Cik Hanie Nadia Hamzah, yang mengendalikan Pesta Raya berkata:



"Dengan langkah pengurusan keselamatan lebih diperketat sebagaimana yang diumumkan pada 14 Mei lalu bagi mengurangkan risiko penularan kes Covid-19 dalam masyarakat, beberapa program dan bengkel Pesta Raya dibatalkan.



"Kami seikhlasnya meminta maaf jika timbul sebarang kesulitan dan berharap dapat menganjurkan persembahan dan bengkel ini sekali lagi apabila keadaan lebih baik."



Menurut Cik Hanie, beberapa acara menarik dalam talian tetap disajikan secara percuma bagi edisi Pesta Raya kali ini.



Acara-acara yang sepatutnya dipersembahkan percuma di ruang legar dan teater luar Esplanade seperti Enche Ahmad, Gema Sereumpun, Bloom (Mekar), Kribo Records, gambus electronica, Pesta Dangdut II, There are saga seeds in our pockets!, Poe(M)usic: Blessed dan Rumahku akan disajikan dalam talian.



Sebagai meraikan edisi ke-20 Pesta Raya, beberapa pengarah juga sudah dikomisyen bagi menghasilkan filem ringkas untuk tayangan percuma di 'Esplanade Offstage' mulai semalam.



Antologi khas tiga filem pendek, Yayi: Take A Bow, Pendekar dan Arang oleh sutradara prolifik Singapura, Faisal Ishak, Sanif Olek dan M. Raihan Halim ditayangkan mulai semalam hingga 27 Jun.



Sutradara Indonesia, Garin Nugroho meraikan ulang tahun ke-40 penglibatannya dalam arena filem dengan filem tari Sarung.



Seorang lagi pengarah terbilang Indonesia, Riri Riza pula tampil dengan Warisan - A Short Film, yang mengimbas semula warisan dan legasi peninggalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >