Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Kopi’ bakal mudahkan pekerja estet perindustrian JTC ‘ngopi’

Oct 24, 2023 | 07:11 PM



Mulai 2024, kakitangan di estet perindustrian JTC boleh membayar dan menerima makanan mereka melalui robot penghantaran makanan berautonomi, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan runcit pintar yang pertama seumpamanya.

Dinamakan ‘Kopi’, perkhidmatan robot penghantaran makanan itu bertujuan meningkatkan kemudahan kakitangan JTC supaya mereka tidak perlu berjalan ke kantin untuk mendapatkan makanan mereka.

Perkhidmatan robot itu adalah hasil penyepaduan pelbagai sistem pengurusan bangunan, seperti pintu putar gantri dan pengurusan lif, yang dilengkapi aplikasi penghantaran makanan.

Penyepaduan robot dengan sistem pengurusan bangunan membolehkan robot itu mengakses aras bangunan yang berbeza menggunakan lif.

Sebagai sebahagian perkhidmatan runcit pintarnya, JTC juga membangunkan sistem pembayaran pengecaman muka di bangunan JTC Summit untuk memudahkan proses pesanan dan pembayaran di kantinnya sejak Ogos 2023.

Selepas pengguna mendaftar dan memberikan butiran gambar dan kad kredit, mereka boleh membuat pembayaran di kantin dengan membuat imbasan muka tanpa perlu mengeluarkan kad atau telefon mereka.

Selepas vendor makanan dan minuman (F&B) memasukkan jumlah yang perlu dicaj kepada pelanggan, sistem pembayaran pengecaman muka akan disambungkan kepada pengendali pembayaran untuk membenarkan proses pembayaran yang lancar dan mudah.

Selain memberikan kemudahan kepada pengguna, pengendali F&B dapat menyediakan pesanan dengan lebih cepat dan cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >