Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban: Daftar dalam talian di 51 masjid dibuka sekarang

Pendaftaran di masjid juga disediakan tapi perlu janji temu demi pengurusan selamat Covid-19
Jun 09, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 51 masjid di Singapura telah membuka pendaftaran bagi umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha tahun ini.



Seperti tahun lalu, tiada ternakan hidup akan dibawa masuk ke Singapura, dan sebaliknya, masjid-masjid di sini sedang mempermudahkan aturan bagi ibadah korban dijalankan di Australia, kata Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).



Daging korban itu akan dibekukan dan kemudian dihantar ke Singapura, dengan masjid sedang bekerjasama dengan pembekal individu yang diberi lesen oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk mengimport produk daging.



Setiap masjid akan menawarkan sehingga 120 kambing pada harga $320 dengan $370 seekor.



Pendaftaran dan urus niaga perlu dilakukan dalam talian. Individu juga boleh menghubungi masjid secara langsung bagi butiran pendaftaran.



Pendaftaran di masjid juga disediakan tetapi ia adalah berdasarkan janji temu sahaja demi mematuhi prosedur pengurusan keselamatan masjid.



Pemohon yang berjaya membuat pendaftaran akan menerima daging yang dibekukan dan dibungkuskan selepas hari tasyrik bermula 24 Julai.



Pendaftaran bagi ibadah korban akan ditutup pada 13 Julai.



Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 20 Julai ini.



"Ibadah korban yang diubah suai menyusuli kejayaan pada 2020 akan terus dijalankan dalam cara yang selamat.



"Ibadah korban itu sendiri merupakan satu perbuatan memberi belas ihsan dengan mengongsi daging dengan golongan kurang bernasib baik, terutamanya di tengah-tengah cabaran ekonomi semasa," kata JKMS.



Masjid dan vendor dilantik yang menyertai dalam ibadah korban tahun ini perlu mematuhi syarat keselamatan makanan SFA bagi pengimportan, penyimpanan dan pengagihan produk daging.



"Prosedur operasi standard akan diamalkan, mematuhi piawaian kebersihan yang tinggi, membahagikan (staggering) slot pengagihan dan pengambilan, mematuhi langkah-langkah dan garis panduan keselamatan nasional semasa dengan ketat," kata JKMS.



Ia menambah bahawa sebahagian daging itu akan diagihkan kepada penerima zakat Muis manakala masjid pula akan menjalankan penghantaran daging kepada golongan fakir miskin dalam usaha mengurangkan kontak.



Tahun ini, tempoh pengagihan daging akan dilanjutkan dari Hari Raya Aidiladha hingga pertengahan Ogos supaya daging korban dapat diberikan kepada keluarga yang terjejas dari segi ekonomi dek pandemik Covid-19.



"Untuk mencapai ini, JKMS akan mengumpulkan pendamping dan relawan masjid untuk mengagihkan daging korban dengan mematuhi garis panduan pengurusan keselamatan dengan ketat, sekali gus mengurangkan kemungkinan kontak daripada interaksi," kata JKMS.



Senarai penuh masjid-masjid yang menawarkan ibadah korban tahun ini boleh didapati di laman go.gov.sg/korban2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >