Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: NTU, NUS batalkan pas dua pelajar asing sebab langgar undang-undang cuti tanpa hadir, duduk di rumah

Mar 10, 2020 | 09:05 PM



UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) akan membatalkan pas pelajar dua pelajar antarabangsa kerana melanggar undang-undang cuti tanpa hadir (LOA) dan notis duduk di rumah (SHN).



Mengumumkan sedemikian pada Selasa (10 Mac), Kementerian Pendidikan (MOE) berkata adalah penting bagi semua pelajar yang dikenakan notis duduk di rumah mematuhi arahan itu untuk mengehadkan risiko potensi kes diimport dan untuk melindungi masyarakat kita.



Kes pertama melibatkan pelajar possiswazah dari Institut Pendidikan Nasional (NIE) di NTU, yang melanggar SHN dan berulang kali memberikan maklumat palsu kepada institut dan lembaga disiplin NIE mengenai jadualnya.



Kes kedua pula adalah pelajar pertukaran antarabangsa di NUS. 



Pelajar itu telah dikenakan LOA - sebelum notis duduk di rumah dikuatkuasakan - tetapi didapati telah melanggar keperluan notis itu dan membuat penyistiharaan perjalanan palsu kepada NUS.



SHN dikenakan kepada penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang dari China, Iran, utara Italy dan Korea Selatan. 



Mereka yang dikenakan notis itu perlu berada di kediaman mereka pada setiap masa selama tempoh 14 hari selepas pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >