Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU PEKERJAAN

Kos perniagaan, nasib pekerja gaji rendah tumpuan perbahasan

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) mengutarakan keprihatinan masyarakat perniagaan berhubung kos dan adanya tenaga kerja, serta mengalu-alukan langkah menyokong pekerja bergaji lebih rendah dalam perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam.



Mereka turut menyarankan agar pemerintah mempertimbangkan pembezaan sektoral apabila melaksanakan penyesuaian ke atas dasar pekerja asing yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini.



Encik Edward Chia Bing Hui (GRC Holland Bukit Timah) berkata pemerintah dalam Belanjawan kali ini mengambil langkah tegas dalam transformasi berterusan pasaran buruh dengan fokus jelas untuk mempertingkatkan pekerja bergaji lebih rendah.



Pemerintah telah mengumumkan Skim Kredit Gaji Progresif untuk membiayai bersama kenaikan gaji pekerja.



Model Gaji Progresif (PWM) pula akan diperluaskan kepada sektor runcit, khidmat makanan dan pengurusan sisa.



"Skim Kredit Gaji Progresif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 menyediakan sokongan gaji peralihan untuk majikan membuat penyesuaian kepada kenaikan gaji mandatori yang akan datang untuk pekerja bergaji lebih rendah di bawah Model Gaji Progresif.



"Majikan memahami peranan penting mereka dalam mengukuhkan kompak sosial kita dan perlunya untuk mereka membina daya tahan perniagaan melalui amalan pekerjaan yang adil dan progresif," kata Encik Chia.



Beliau menambah, sokongan gaji peralihan bersama skim dan geran sokongan untuk menaikkan kemahiran pekerja dan meningkatkan tahap produktiviti firma akan membolehkan majikan mengekalkan kenaikan gaji itu.



Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) pula berkata Belanjawan tahun ini memberi sokongan penting kepada perniagaan untuk memastikan pekerja bergaji lebih rendah akan melihat kenaikan gaji yang bermakna.



"Sehubungan itu, saya berharap Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan langkah bergerak lebih tegas bagi memastikan pekerja warga Singapura yang membawa pulang kurang $1,300 boleh bergantung kepada Skim Kredit PWM untuk menaikkan gaji mereka secara serta merta," katanya.



Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) pula berkata campur tangan fiskal sahaja tidak boleh menjadi satu-satunya cara untuk menaikkan gaji.



"Perniagaan dan pengguna juga perlu menyumbang bahagian mereka untuk membantu menaikkan pendapatan pekerja bergaji lebih rendah.



"Kita harus terus menggalak dan menyokong pekerja bergaji lebih rendah kita untuk meningkatkan kemahiran supaya mereka boleh menaiki tangga gaji dengan lebih lanjut. Ini adalah satu lagi langkah yang boleh dicapai untuk mengukuhkan kompak sosial kita dan untuk menangani ketidaksamaan," katanya.



Sementara itu, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Cik Janet Ang berkata masyarakat perniagaan rata-rata prihatin tentang kos dan ketersediaan tenaga manusia, dengan beberapa sektor seperti makanan dan minuman (F&B) serta pembinaan, amat prihatin tentang penyesuaian kepada dasar pekerja asing yang diumumkan.



Penyesuaian yang akan dibuat termasuk kenaikan gaji kelayakan minimum pemohon Pas Pekerjaan kepada $5,000 dan $5,500 bagi khidmat kewangan. Gaji kelayakan minimum pemohon Pas S pula akan naik kepada $3,000 dan $3,500 bagi khidmat kewangan.



"Industri ini telah dilanda kekurangan tenaga kerja yang diburukkan lagi oleh sekatan sempadan. Banyak syarikat dalam industri ini telah mengambil bahagian secara aktif dalam pameran kerja anjuran WSG (Tenaga Kerja Singapura) sepanjang dua tahun lalu dalam usaha mengambil lebih ramai warga Singapura untuk mengisi jawatan kosong tetapi kurang berjaya.



"Industri-industri ini adalah industri tempatan dan tenaga kerja mereka tidak boleh disumber dari luar negara.



"Diharapkan pemerintah dapat menimbangkan pembezaan sektor apabila melaksanakan perubahan kepada dasar pekerja asing sekurang-kurangnya untuk jangka pendek hingga pertengahan," katanya.



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berkata beliau mengalu-alukan kenaikan gaji kelayakan minimum untuk warga asing bekerja di Singapura dengan Pas Pekerjaan atau Pas S.



"Secara teori, ini bermakna pekerjaan yang sebelumnya dibayar antara had gaji lama dan baru - yang sebelumnya mungkin diberikan kepada pekerja asing - kini perlu diisi oleh pekerja tempatan.



"Walaubagaimanapun, adakah pemerintah akan mempertimbangkan pembezaan sektor lebih lanjut selain hanya mengkhususkan sektor perkhidmatan kewangan? Sektor berbeza membayar skala gaji yang jauh berbeza, dan tahap di mana mereka memerlukan kepakaran atau tenaga kerja asing mungkin berbeza dengan ketara.



"Mempunyai satu gaji kelayakan seragam juga boleh menjejas sektor di mana warga Singapura kurang berminat dalam pekerjaan tersebut, manakala majikan tidak boleh mendapatkan pemegang Pas untuk melakukan pekerjaan itu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >