Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kriteria baru pendapatan minimum Daya Kerja bukan untuk kurangkan belanja pekerja gaji rendah: See Leng

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



KRITERIA pendapatan minimum bulanan sebanyak $500 bagi mereka yang layak mendapat bayaran di bawah skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) bukan bertujuan mengurangan perbelanjaan bagi pekerja bergaji rendah, jelas Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Sekitar 20,000 penerima WIS, yang kesemuanya pekerja kasual atau sambilan, akan terjejas dengan kriteria baru itu, yang akan dilaksana 1 Januari tahun depan.



Namun, Dr Tan menekankan, sekiranya pekerja itu mula melakukan pekerjaan tambahan dan meraih lebih daripada $500 sebulan, mereka boleh melayakkan diri semula bagi Workfare secara automatik, katanya.



Beliau memberi respons kepada keprihatinan beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk Ketua Pembangkang, yang juga ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) berhubung sebab kriteria itu dibuat di hari kedua perbahasan Belanjawan 2022 semalam.



Encik Pritam sebelum ini menyatakan pendapatan minimum itu akan menjejas 46,600 orang berdasarkan jumlah penduduk yang bekerja berusia 15 tahun dan ke atas pada tahun lalu.



Namun Dr Tan menyatakan tidak semua jumlah itu layak bagi WIS kerana ia termasuk pelajar bekerja sambilan dan pekerja dari isi rumah berpendapatan tinggi.



Beliau akur ada sesetengah pekerja yang mahu bekerja tambahan tetapi tidak dapat meraih $500 sebulan akibat keadaan peribadi termasuk orang yang kurang upaya dan penerima ComCare.



Golongan ini akan ditawarkan bayaran konsesi Workfare, agar mereka tidak dikecualikan daripada Workfare.



Menyuarakan keprihatinannya, Encik Pritam bertanya sama ada konsensi Workfare ini merupakan jumlah lebih rendah bagi individu yang tidak boleh bekerja sepenuh masa atas pelbagai sebab.



Menjawab, Dr Tan berkata jumlah $500 itu merupakan jumlah tetap buat masa ini dan akan disemak jika perlu.



"Ia (dasar) itu bertujuan menggalak warga Singapura yang berupaya mempunyai pekerjaan, dan menikmati pencapaian lebih tinggi,'' kata Dr Tan.



Menjelaskan keprihatinan mengenai kelayakan gaji lebih tinggi bagi pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S, beliau berkata mutu pekerja asing yang dibawa masuk ke Singapura adalah tinggi dan sejajar dengan gaji pekerja setempat.



Ini kerana jika negara tidak melakukan demikian, firma akan memilih menggajikan pekerja asing hanya kerana mereka lebih murah daripada pekerja setempat dan tiada peluang yang rata.



Ia juga untuk mengelakkan firma menarik pekerja asing hanya 'kerana mereka lebih murah daripada pekerja setempat'.



Beliau menolak tanggapan dasar itu menjadikan Singapura kurang mesra pekerja asing.



Dalam hari kedua perbahasan Belanjawan semalam, beberapa AP buruh juga menegaskan keperluan mengukuhkan pekerja setempat.



Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan(NTUC) dan Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat berkata NTUC akan menggandakan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) untuk mencapai sekurang-kurangnya 2,500 menjelang 2025 berbanding sasaran sebanyak 1,000 CTC menjelang tahun ini.



Ini bertujuan memadankan kemahiran pekerja dengan keperluan industri, dengan lebih baik lagi.



Seramai 28 AP berucap dalam perbahasan itu semalam, yang sebahagian besarnya menyentuh tentang keprihatinan mereka terhadap kos sara hidup yang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >