Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kritikan Hsien Yang terhadap PM Lee percubaan jatuhkan pemerintah, PAP: Desmond Lee

Jul 27, 2023 | 08:35 AM



Kritikan Encik Lee Hsien Yang terhadap kepimpinan abangnya, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, adalah satu percubaan menjatuhkan pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Encik Desmond Lee juga berkata beliau sedih Encik Lee Hsien Yang menggunakan kepalsuan untuk menyerang abangnya, Encik Lee, yang “telah menyerahkan jiwa raganya untuk berkhidmat kepada Singapura”.

Beliau berkata demikian dalam sebuah artikel berjudul ‘Satu jawapan kepada pembohongan Lee Hsien Yang: ASG Desmond Lee’ yang diterbitkan di laman sosiopolitik PAP, Petir.sg.

Artikel itu sebagai respons kepada satu pos Facebook oleh Encik Lee Hsien Yang pada Ahad, yang menyenaraikan beberapa kontroversi yang dihadapi pemerintah kebelakangan ini, termasuk “seorang menteri kabinet yang diberkas kerana rasuah”, merujuk kepada Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Encik Lee Hsien Yang, anak bongsu mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew, juga berkata: “Amanah perlu diraih. Ia tidak boleh diwarisi begitu sahaja. Kegagalan kepimpinan PM Lee Hsien Loong telah mensia-siakan kepercayaan itu.”

Pada Selasa, Encik Lee Hsien Yang diminta mengeluarkan notis pembetulan melibatkan tiga kenyataan tidak benar pada catatan Facebook itu. Beliau telah mengeluarkan notis pembetulan itu.

Kenyataan pertama ialah pemerintah membiayai kerja ubah suai banglo 26 dan 31 Ridout Road kerana hartanah itu disewa Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Kedua, kenyataan Encik Lee Hsien Yang bahawa pokok di dua hartanah itu ditebang kerana ia disewa oleh dua menteri berkenaan.

Ketiga, kenyataannya bahawa SPH Media Trust meningkatkan jumlah edarannya secara palsu.

Encik Desmond Lee, yang juga penolong setiausaha agung PAP, menulis dalam artikel itu: “Hujung minggu lalu, Encik Lee Hsien Yang menukil siasatan rasuah terhadap Menteri S Iswaran sebagai contoh PM Lee Hsien Loong gagal dalam kepimpinannya.

“Kenapa pula? Hanya kerana PM Lee melakukan apa yang dilakukan oleh pendahulunya, termasuk Encik Lee Kuan Yew: Menyokong siasatan CPIB tentang kemungkinan salah laku oleh pemegang jawatan politik?”

Beliau menambah: “CPIB menyiasat Encik Teh Cheang Wan semasa Encik Lee Kuan Yew menjadi PM – dan tiga tokoh lain yang dikaitkan dengan PAP sebelum itu. Kini seorang lagi Menteri Kabinet sedang disiasat. Itu menjelaskan pendirian pemerintah terhadap dakwaan rasuah.”

Encik Desmond Lee mempersoal niat Encik Lee Hsien Yang dan berkata ia selaras dengan kelakuan bermuka dua terhadap bapanya.

“Beliau, bersama isterinya, Cik Lee Suet Fern, mengelirukan mendiang Encik Lee dalam pelaksanaan Wasiat dan Wasiat Terakhirnya. Tribunal Tatatertib yang ditubuhkan untuk meneliti kelakuan profesional Cik Lee Suet Fern berkata bahawa penjelasan Encik Lee Hsien Yang “sangat tidak jujur”. Beliau tidak ragu-ragu berbohong di bawah sumpah,” tulis Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >