Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan basikal agih habuan, dekati masyarakat

Mar 04, 2023 | 08:36 PM




SEKITAR 60 habuan barang runcit bernilai $6,000 berjaya diagihkan kepada 45 penerima daripada badan Vision21 Welfare Society (Vision 21) dan Reforming Support Group (RSG).



Habuan tersebut, setiap satu bernilai $100 dan mengandungi barangan seperti minyak dan biskut, diagihkan kepada penerima dalam satu acara ‘Faces of Hope’ (Wajah-wajah Harapan) anjuran kumpulan berbasikal Ride of Hope (ROH) di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Sabtu.



Menurut penganjur acara dan anggota ROH, Encik Mohamed Hassan, acara tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada penglibatan masyarakat kumpulan itu dan bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba.



Beliau menambah baki 15 habuan akan dihantar kepada penerima yang telah dikenal pasti.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir selaku tetamu terhormat dan mengagihkan habuan tersebut.



Semasa berucap, beliau menyambut baik inisiatif kumpulan tersebut, di mana menurut beliau, kita harus saling “memberi harapan kepada semua”.



“Saya harap kita dapat teruskan usaha ini dan berikan sokongan kepada setiap individu,” tambah beliau.



Dalam pada itu, ROH juga pernah menganjurkan acara Dadah Itu Haram Youth Ride pada Mac 2022, dengan sokongan Masjid Hang Jebat.



Acara itu melibatkan 40 belia mengayuh basikal sejauh 15 kilometer bagi menyebarkan mesej antidadah.



Laluan berbasikal itu bermula dari Masjid Hang Jebat di Queenstown ke Koridor Hijau dan Spooner Road, sebelum kembali ke masjid.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >