Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan sukarelawan terus beri sokongan kepada pekerja migran

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



USAHA untuk menyokong pekerja asing di sini masih diteruskan meski selepas penularan Covid-19 di asrama pekerja telah berkurangan.



Kumpulan yang dikendalikan sukarelawan seperti Welcome In My Backyard (Wimby) dan Gabungan Sokongan Pekerja Asing Covid-19 (CMSC) memberitahu The Straits Time bahawa mereka kekal tertumpu dalam menyepadukan pekerja asing dengan masyarakat Singapura.



Kededua kumpulan itu ditubuhkan April lalu semasa tempoh pemutus litar di tengah-tengah kes Covid-19 yang melonjak di asrama pekerja.



Pada 4 Julai, sukarelawan dari Wimby menghantar sekitar 700 barangan makanan yang baru dibakar kepada asrama pekerja di bahagian utara sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dipanggil 'Birthday Makan' bagi memperingati ulang tahun pertama Wimby.



Makanan itu telah ditawarkan oleh enam peniaga yang kebanyakannya merupakan peniaga yang berpangkalan di rumah dan ditaja orang ramai.



Makanan yang dibakar dipilih kerana ia boleh disimpan lebih lama dan perniagaan kecil juga boleh meraih manfaat daripada inisiatif ini.



Ketua strategi media Wimby, Cik Elly Chaw, 24 tahun berkata matlamat awalnya iaitu 1,400 makanan yang dibakar berlebihan sekaligus mencapai 2,100.



Penghantaran baki 1,400 kuih akan dijalankan pada waktu yang lain.



Inisiatif Wimby sebelum ini yang dijalankan tahun lalu berjaya meraih 500 barangan yang ditaja.



"Tetapi kita tidak akan terlalu tertumpu kepada perangkaan. Matlamat kita ialah untuk mendekati seberapa ramai yang boleh untuk meningkatkan kesedaran dan menarik lebih ramai rakyat Singapura agar mengambil berat terhadap isu pekerja asing," kata Cik Chaw, yang bekerja dalam bidang penerbitan.



Wimby mempunyai sekitar 40 sukarelawan dengan lima dalam kumpulan utama, termasuk Cik Chaw.



Beliau berkata mereka berharap untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bagi pekerja asing secara bersemuka dengan rakyat Singapura agar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih "biasa".



"Kita telah cuba mengadakan acara dalam talian tetapi sesi pendekatan sebegitu tidak begitu organik seperti aktiviti fizikal.



"Moga-moga dengan Singapura beralih kepada keadaan endemik Covid-19, kita dapat menganjurkan acara dengan lebih yakin," tambahnya.



Adik beradik Cik Tang Hui Ling, 23 tahun dan Cik Hui Yi, 19 tahun, merupakan pengasas bersama syarikat membuat kek di rumah SugarBellySg, yang merupakan antara enam peniaga yang terlibat dalam inisiatif itu.



"Kita amat berterima kasih dapat menyumbang balik kepada pekerja asing, kebanyakan di antara mereka bekerja keras untuk membangunkan flat-flat kita.



"Kita telah membakar brownie, justeru kami berharap mereka menghargainya," kata Cik Tang.



Satu lagi inisiatif yang berkaitan makanan ialah WeEat yang memberi peluang pekerja asing merasai makanan Singapura dan menyokong penjaja makanan yang terjejas oleh pandemik.



Dianjurkan oleh CMSC dengan kerjasama Shabir Music Asia dan 24asia, kempen itu bertujuan untuk mengumpul $20,000 menjelang akihir bulan.



Ketua kesihatan dan pendekatan CMSC dan ketua bersama, Cik Jewel Yi, 30 tahun berkata meski sasaran tidak dicapai menjelang tarikh yang ditetapkan, dengan hanyar $10,800 yang terkumpul sejauh ini, kumpulan itu akan tetap meneruskannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >