Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN DPM LAWRENCE WONG KE INDIA

Kunjung ke Gujarat bagi perluas, pertingkat kerjasama

Harap kerjasama dengan India, Gujarat buka jalan baru aliran kewangan rentas sempadan, rangsang inovasi baru
Sep 20, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah mengadakan lawatan ke Gujarat buat kali pertama, dalam rangka kerja lawatannya ke India sekarang.



Ini sedang Singapura terus memperluas kerjasamanya dengan wilayah di barat India itu.



Dalam satu catatan Facebook beliau semalam, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata Singapura mempunyai kerjasama dalam bidang teknologi kewangan (fintech) dan bursa saham bersama Gujarat.



Menurutnya, kerjasama fintech itu membolehkan syarikat fintech bereksperimen dan merintis produk serta perkhidmatan inovatif dalam pasaran Gujarat dan Singapura.



Kerjasama dari segi bursa saham pula membolehkan pelabur berdagang kontrak terbitan di Bursa Saham India (NSE) dengan lancar menerusi Bursa Singapura (SGX).



NSE dan SGX mempunyai kerjasama kukuh lebih 22 tahun.



"India dan Gujarat rakan kerja penting bagi Singapura.



"Saya berharap kerjasama ini akan membuka jalan baru bagi aliran kewangan rentas sempadan dan merangsang inovasi baru di kedua-dua negara kita.



"Saya mengalu-alukan usaha mempertingkat kerjasama ini bagi masa akan datang," ujar beliau.



Singapura dan Gujarat menikmati hubungan rapat dan meluas, dengan Singapura pelabur kedua terbesar di Gujarat.



Wilayah itu juga menyumbang 30 peratus daripada eksport India ke Singapura.



Semasa lawatannya ke Gujarat kelmarin, Encik Wong antara lain bertemu Menteri Kewangan merangkap Tenaga dan Petrokimia, Encik Kanubhai Desai.



Beliau juga berkunjung ke GIFT City - pusat kewangan antarabangsa India - dan bertemu rakan kerja GIFT City serta pegawai daripada Penguasa Pusat Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSCA).



Encik Wong sedang mengadakan lawatan rasmi ke India, dari Sabtu lalu hingga esok.



Ini lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Dalam rangka lawatannya itu, beliau juga menyertai rundingan Meja Bundar Menteri India-Singapura (ISMR) yang diadakan buat julung-julung kalinya di New Delhi Sabtu lalu.



ISMR wadah peringkat menteri baru antara dua negara ini yang bermatlamat mempertingkat kerjasama sedia ada dan mengenal pasti peluang kerjasama saling menguntungkan dalam bidang baru dan baru muncul.



Encik Wong menghadiri ISMR bersama Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >