Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTINGKAT KEMAHIRAN PERTENGAHAN KERJAYA

Kurang kelayakan dorong beliau terus pertingkat diri, kemahiran

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



DENGAN hanya kelulusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N', Encik Firdaus Adris, 40 tahun, tidak akan melupakan realiti dan cabaran yang beliau hadapi dalam usaha dapatkan pekerjaan sepenuh masa pada 2000.



Namun, kekurangan kelayakannya tidak menghambat usaha dan kesungguhan Pengurus Operasi Global bagi Aero Inspection Asia Pte Ltd itu untuk mencapai penguasaan dalam kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaannya.



Beliau berusaha untuk bekerja keras untuk membuktikan dirinya sehingga dikenali di kalangan majikannya sebagai seorang yang sangat proaktif dalam meningkatkan kemahiran serta mencari peluang latihan baru.



Atas dedikasinya, Pengurus Operasi Global itu merupakan antara 23 individu dan 19 majikan yang menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture semalam.



Bercakap dengan Berita Harian semalam, Encik Firdaus menyatakan bahawa pada mulanya, beliau cekalkan hati untuk menyertai program pelatih sebagai juruteknik pelatih dalam sektor penerbangan meskipun ia bergaji rendah.



"Cabaran yang saya hadapi ketika mencari pekerjaan sepenuh masa selepas tamat perkhidmatan negara (NS) beri kesedaran bahawa apabila seseorang berada di Singapura, mereka perlukan pendidikan untuk memenuhi keperluan minimum bagi mendapatkan peluang pekerjaan.



"Kesedaran ini mendorong saya untuk sentiasa mencari peluang meningkatkan kemahiran agar saya sentiasa kekal relevan bagi masa hadapan," ujar Encik Firdaus.



Beliau mula meningkatkan kemahiran pada 2013 apabila beliau mempunyai seorang majikan yang menyokong para pekerjanya mempertingkat kemahiran mereka.



Dedikasinya untuk terus mempertingkat kemahiran berterusan apabila pandemik Covid-19 melanda dan beliau ambil kesempatan untuk menyertai pelbagai kursus bagi meluaskan kemahiran beliau dalam bidang penerbangan.



Dengan pengalaman beliau dalam sektor penerbangan itu selama hampir dua dekad, beliau kini menjadi mentor kepada graduan yang baru menamatkan pengajian.



"Pandemik Covid-19 baru-baru ini membuktikan bahawa kita tidak boleh menjangkakan keadaan masa hadapan dan kita tidak boleh menjadi terlalu selesa.



"Cara yang logik adalah untuk terus meningkatkan kemahiran diri demi memandang kepada masa hadapan."



Kini, bapa kepada tiga orang anak itu berharap untuk mempunyai lebih tanggungjawab dalam kepimpinan serta menjadi mentor kepada lebih banyak para pekerja lain untuk membantu membangunkan kemahiran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >