Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurnia@WGS dibuka semula bagi permudah masyarakat dapatkan bantuan

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam boleh mendapatkan khidmat kebajikan sosial serta program-program yang disediakan oleh beberapa pertubuhan Melayu secara sepenuhnya dengan pembukaan semula Kurnia@WGS (Wisma Geylang Serai) selepas ditutup buat sementara akibat pandemik.



Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, ketika mempengerusikan mesyuarat pertama tahun 2023 kepada sembilan badan khidmat di bawah Hab Khidmat Untuk Rakyat Nadi Inspirasi Aspirasi (Kurnia@WGS) berkata pusat sehenti itu telah dibuka untuk memudahkan masyarakat mendapatkan bantuan



Beliau menyatakan bahawa kesemua badan telah bersedia dengan khidmat bersepadu lagi tersusun demi memenuhi keperluan masyarakat sejak awal tahun 2023 lagi.



Masyarakat boleh menjangkakan khidmat yang ditawarkan akan memberi manfaat kepada penduduk terutamanya kepada masyarakat Melayu/Islam kerana memudahkan orang ramai yang tidak perlu bergerak ke sana sini untuk mendapatkan khidmat.



"Para anggota Kurnia bukan sahaja akan mewakili pertubuhan mereka, tetapi sebagai wakil sebuah pusat yang dapat sama-sama memberi sentuhan baru kepada anggota masyarakat kita," jelas Dr Faishal.



Khidmat teratur, sepadu di Hab Kurnia@WGS, tingkat mutu



Hab Kurnia@WGS di tingkat tiga bangunan terdiri daripada sembilan badan yang menawarkan khidmat.



Ia termasuk Persatuan Muhammadiyah, Pergas, AMP Singapura (AMP), Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian (BH).



Anggota baru Kurnia terdiri daripada Mendaki @ WGS dan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau M³ Eco.



Beberapa program telah diatur sepanjang tahun oleh beberapa badan Melayu di bawah Kurnia@WGS dalam menyediakan khidmat bersepadu kepada masyarakat.



Dengan ketibaan Ramadan, antara program yang diatur termasuklah acara seperti 'Ramadan Charity Ride oleh Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan pengagihan dana TAA; pengagihan bubur Ramadan; pengagihan zakat oleh Persatuan Muhammadiyah.



Setibanya Syawal pula, Kurnia@WGS akan menganjurkan perjumpaan Hari Raya manakala Persatuan Muhammadiyah akan mengadakan rumah terbuka.



Hab Khidmat Untuk Rakyat Nadi Inspirasi Aspirasi (Kurnia@WGS) ini menggabungkan sembilan badan Melayu yang berkongsi pejabat dengan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³).



Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata pertubuhan-pertubuhan di Kurnia mempunyai banyak program yang berkesan serta pengkhususan dalam bidang masing-masing.



Dengan itu beliau yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) berharap masyarakat harus memanfaatkan kekuatan badan-badan ini.



Badan-badan itu pula katanya mampu mengembangkan rangkaian di WGS demi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih luas.



Dr Faishal turut menggalak lebih banyak badan-badan Melayu dan individu untuk tampil menyertai program-program yang dapat mengubah nasib masyarakat dengan menggabungkan beberapa badan Melayu/Islam di bawah satu bumbung.



Menurutnya gabungan di Kurnia itu akan menjalin satu hubungan bersepadu, yang membolehkan mereka membantu golongan memerlukan secara holistik.



"Usaha badan-badan ini menjadi lambang semangat bergotong-royong dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam," kata Dr Faishal.



Pada Sabtu, 4PM telah mengadakan pertandingan bahas peringkat menengah dan program Ramadan On Wheels.



Manakala DPPMS pada Januari dan Februari telah menganjurkan acara Jawatankuasa Penglibatan Belia dan Connect 2023.



Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria, berkata dengan adanya pusat khidmat yang teratur dan bersepadu di Kurnia@WGS, masyarakat Melayu/Islam di Singapura kini sudah dapat memperoleh bantuan dan khidmat bermutu dari badan-badan kebajikan sosial.



"Semoga inisiatif seperti ini terus ditingkatkan dan diperluaskan lagi untuk manfaat masyarakat yang lebih luas,'' ujar Encik Mohd Yahya.



Kurnia@WGS adalah satu pusat kebajikan sosial yang berpusat di WGS.



Pusat ini bertujuan memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura yang memerlukan bantuan.



Ia dibentuk untuk menghubungkan masyarakat dengan badan-badan kebajikan sosial dan program-program yang disediakan oleh pertubuhan Melayu dalam mewujudkan khidmat bersepadu lagi tersusun demi memenuhi keperluan masyarakat



Khidmat yang ditawarkan Kurnia juga tidak hanya terhad kepada bantuan sosial malah turut menyemarakkan lagi seni, budaya dan warisan Melayu.




"Usaha badan-badan ini menjadi lambang semangat bergotong-royong dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >