Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus gitar bantu kesihatan mental kanak-kanak keluarga susah dilancar

Jul 18, 2023 | 12:37 PM



Bagi membantu kanak-kanak daripada latar belakang susah mengawal kesihatan mental mereka, satu program muzik telah dilancarkan di kawasan Nee Soon pada Ahad.

Dinamakan Guitarz@Nee Soon, inisiatif itu – yang diusahakan di bawah bidang fokus baru M Kuasa Tiga (M3), iaitu kesihatan masyarakat – bertujuan mendekati kanak-kanak daripada keluarga memerlukan dan mempunyai anggota keluarga dalam penjara dengan mengajar mereka cara asas bermain gitar.


Seramai 30 belia, berusia antara 10 dengan 16 tahun, menyertai kursus selama 10 minggu itu, yang berlangsung mulai Julai hingga Oktober.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh relawan, Encik Rizal Hefni dan Encik Mohd Yusri, M3@Nee Soon, Pertubuhan Akar Umbi GRC Nee Soon, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah).


Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir untuk melancarkan usaha itu pada petang Ahad.

Beliau, yang juga merupakan penasihat akar umbi Nee Soon, berkata:

“Muzik adalah cara yang menyeronokkan dan menarik untuk berhubung dengan golongan muda dan meningkatkan kesihatan mental mereka secara keseluruhan.”

Encik Rizal, yang juga merupakan penerbit muzik dan pengasas kursus gitar dalam talian Hefni Guitar Method, berharap kursus asas mempelajari cara bermain gitar ini dapat membantu kanak-kanak itu memupuk nilai baik.

“Bermain gitar yang baik bukan sekadar memetik. Kanak-kanak akan memerlukan pendengaran yang baik, irama yang hebat, dan keupayaan untuk mendengar dan belajar. Dengan beberapa teori asas muzik, saya berharap dapat membantu mereka bermain gitar dan menyampaikan apa yang mereka suka kepada keluarga dan rakan-rakan mereka,” kata beliau.

“Permainan gitar yang baik adalah komunikasi yang baik,” tambahnya.

Ahli keluarga yang mengiringi peserta program juga dapat menyertai Ceramah Kesihatan Keluarga yang memberi tumpuan pada kesihatan lelaki, seperti barah dan penyakit kronik lain.

Penceramah yang diundang termasuk pakar kesihatan perubatan lelaki, Dr Taufiq Rashid; pemimpin agama, Ustaz Nuzhan Abdul Halim; bekas pemain bola sepak nasional Singapura, Encik Rafi Ali.

Dr Taufiq berkata: “Memperluaskan kebolehcapaian awam kepada vaksinasi dan inisiatif saringan adalah penting untuk penghapusan kedua-dua barah berkaitan lelaki dan wanita.

“Perkara yang perlu kita semua lakukan untuk kekal sihat, seperti mengambil vaksin dan pergi untuk pemeriksaan kesihatan, adalah penting tetapi sering diabaikan.”

Selain itu, ceramah itu juga berbincang bagaimana kesihatan yang baik, gaya hidup dan sukan dapat meningkatkan kesejahteraan diri dan bagaimana keluarga boleh kekal cergas dan sihat bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >