Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam perkukuh sokongan untuk pesalah; agih daging korban

Jul 15, 2023 | 06:48 PM



Rangkaian sokongan untuk pesalah dan keluarga mereka semakin kukuh, dengan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) tampil mendekati mereka.

Ini dilakukan melalui Rangkaian Pemulihan MMO yang terdiri daripada 26 MMO dan 11 bandar M3.


Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau berkata demikian di acara pengagihan daging korban oleh Rangkaian Pemulihan MMO kepada lebih 120 benefisiari pada Sabtu.

“Acara seperti ini menunjukkan ekosistem bagi pesalah-pesalah kita dan keluarga mereka semakin kuat dan mantap.

“Ia bermakna rangkaian MMO yang sedia ada memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan ini,” katanya.

“Dengan adanya pendekatan seperti ini rangkaian MMO ini boleh memainkan peranan dan menunjukkan bahawa kita mahu menyokong dan menyediakan ruang positif dalam pembangunan keluarga dan anak-anak pesalah kita walaupun mereka menghadapi cabaran atau mempunyai risiko-risiko yang tertentu,” tambahnya.

Acara tersebut bertujuan untuk mendekati keluarga pesalah, yang juga menerima sokongan di bawah Rangkaian Pemulihan MMO.

Sebanyak sembilan badan daripada Rangkaian Pemulihan MMO menyertai acara pengagihan daging korban pada 2023, meningkat daripada dua pada tahun sebelumnya. Ini termasuk Rumah Peralihan Jamiyah, Rumah Peralihan Pertapis, Yayasan Mendaki, AMP Singapura, dan 4PM.

Di bawah inisiatif ini, setiap keluarga menerima tiga kilogram daging yang disediakan oleh SalamSG Korban, yang bekerjasama dengan masjid setempat untuk mengatur korban di Australia, dan membawa daging korban ke Singapura.

Cik Sri Khairianee Ahmad, penasihat penjagaan di Yayasan Mendaki, ialah antara mereka yang mengagihkan daging korban kepada benefisiari Mendaki.

“Daripada mereka mengambil daging ini sendiri, kami dapat mengunjungi mereka di kediaman mereka dan mendekati mereka serta mendapat tahu sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan tambahan yang lain,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >