Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: KEGIATAN & RIADAH

Laluan berbasikal terbaru dilancar di Jurong

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



LALUAN berbasikal terkini di Singapura telah dilancarkan di Taman Jurong pada hujung minggu lalu.



Penduduk di Taman Jurong kini boleh menikmati dan menggunakan laluan berbasikal sepanjang 5.6 kilometer (km) yang menghubungkan stesen MRT Lakeside dan Chinese Garden untuk ke sekolah, taman ataupun pasar yang terletak di sekitar kawasan perumahan tersebut.



Laluan itu turut dihubungkan dengan rangkaian Daerah Tasik Jurong yang sepanjang 15km.



Pada masa yang sama, ia membolehkan penduduk mengunjungi kemudahan yang terletak di Jurong East dalam masa kurang 30 minit.



Dalam satu kenyataan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata usaha itu bertujuan meningkatkan kesalinghubungan dalam dan antara bandar, selain memudahkan perjalanan penduduk dan meningkatkan keselamatan laluan.



Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong, telah melancarkan laluan baru di Jurong itu pada Sabtu lalu.



Beliau berkata kini terdapat lebih ruang untuk pejalan kaki dan penunggang basikal untuk meneruskan perjalanan mereka dengan selamat dan selesa.



"Ini dilancarkan tepat pada masanya kerana kita telah melihat lebih ramai penduduk berjalan dan berbasikal sepanjang tahun lalu, sama ada untuk bersenam, beriadah, berulang-alik ke tempat kerja atau menjalankan tugas di kawasan kejiranan," kata Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.



Menyedari bahawa Taman Jurong adalah sebuah bandar yang matang dengan banyak longkang terbuka di tepi jalan di sebelah laluan pejalan kaki, LTA berkata mereka bekerjasama dengan agensi air negara PUB untuk menukar longkang terbuka kepada longkang yang tertutup.



Antara ciri lain yang diperkenalkan termasuk laluan yang dikongsi pejalan kaki dan penunggang basikal yang ditempatkan di belakang perhentian bas untuk memastikan interaksi yang lebih selamat antara kededua kumpulan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >