Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan ‘denai’ dirancang hubung 13 taman di selatan S’pura

Bahagian baru dibuka di Taman Pasir Panjang
Sep 16, 2023 | 07:09 PM



Sebanyak 13 taman di selatan Singapura akan diperbaharui dan dihubungkan mengguna denai, sebagai sebahagian usaha memperbarui Great Southern Waterfront dan Southern Ridges.

Tiga daripada taman itu – HortPark, Taman Semula Jadi Labrador dan Taman West Coast – akan dibangunkan semula menjadi ‘taman destinasi’, iaitu taman wilayah dengan identiti mengikut tema dan ciri-ciri unik.

Lembaga Taman Negara (NParks) pada Sabtu mengumumkan rancangan tersebut sempena pembukaan bahagian baru di Taman Pasir Panjang.

Selain tiga taman destinasi dan Taman Pasir Panjang serta bahagian barunya itu, taman-taman lain yang akan diperbaharui ialah Taman Semula Jadi Alexandra, Taman Semula Jadi Berlayer Creek, Taman Clementi, Taman Kent Ridge, Taman Mount Faber, Taman di Keppel Club, Taman di King’s Dock dan Taman Telok Blangah.

Semua taman tersebut akan dihubungkan dengan laluan denai, atau ‘trail’.

Menurut NParks, rancangannya untuk mengadakan laluan bertema untuk menghubungkan kesemua 13 taman akan menawarkan pengunjung lebih banyak kegiatan rekreasi berasaskan alam semula jadi.

“Ini akan memperluaskan kepelbagaian pengalaman untuk pengunjung dari semua peringkat umur di Southern Ridges dan pantai barat, serta menawarkan akses yang lebih luas kepada orang ramai kepada ciri-ciri rekreasi yang terletak di tengah-tengah alam semula jadi,” kata NParks.

Bagi taman destinasi, NParks mencadangkan HortPark menjadi hab berkebun dan gaya hidup, dengan ruang untuk masyarakat bergaul dan berbincang tentang perkebunan dan hortikultur.

Untuk memperkayakan pengalaman pengunjung di Taman Semula Jadi Labrador pula, NParks berkata ia akan mengkaji pemulihan untuk sebuah bateri meriam di Berlayer Hill yang kini tidak lagi berfungsi.

Bateri itu ialah salah satu daripada beberapa struktur tentera British yang kekal di taman itu.

Sementara itu, Taman West Coast akan dianggap sebagai pintu masuk barat ke Greater Southern Waterfront. Taman itu mempunyai zon berbeza yang menyediakan pengalaman berpaksikan keluarga untuk pencinta alam semula jadi dan peminat kecergasan.

Secara berasingan, NParks pada Sabtu melancarkan bahagian baru Taman Pasir Panjang sepanjang 2.2 kilometer yang menghubungkan Pusat Makanan Pasir Panjang ke Taman West Coast.

Ia adalah sebahagian daripada laluan sepanjang 17 kilometer yang bermula dari Taman Semula Jadi Labrador ke Taman Jurong Central.

Bahagian baru Taman Pasir Panjang itu akan melalui Taman Pasir Panjang dan Taman West Coast di selatan Singapura, serta Taman Jurong Lake di barat Singapura.

Bahagian baru taman itu memberi penghargaan kepada sejarah Pasir Panjang sebagai salah satu terminal pelabuhan utama Singapura, dengan elemen bertemakan warisan dan maritim, kata NParks.

Tiga kontena perkapalan setinggi 6 meter, disumbangkan oleh Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) Singapura, telah digunakan semula sebagai tempat perlindungan.

Dua daripada pusat perlindungan menempatkan dua artifak maritim – telegraf kapal dan sauh – yang disumbangkan oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), serta sebuah meriam lama yang merupakan sebahagian daripada Koleksi Nasional Singapura.

Dalam pada itu, NParks akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak awam untuk mengumpulkan maklum balas bagi reka bentuk tiga taman destinasi, bermula di Festival Taman di Taman West Coast pada 23 dan 24 September.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast, pada Sabtu menggesa awam menyumbang idea.

“Taman destinasi kita amat popular dalam kalangan warga Singapura,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >