Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan dua hala LRT West Loop Punggol bermula 29 Sep

Sep 07, 2018 | 09:17 PM



PERKHIDMATAN dua hala LRT West Loop Punggol akan bermula pada 29 September menjadikan perjalanan harian lebih selesa untuk penduduk.



Ketika ini, kereta api dari Punggol berjalan dalam satu arah dari Sam Kee ke Soo Teck hingga 3 petang, kemudian bertukar arah sampai akhir perkhidmatan LRT pada waktu malam.



Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary mengumumkan permulaan perkhidmatan dua arah itu semasa lawatan ke Punggol semalam (Jumaat).



“Penduduk Punggol telah bertambah dengan ketara,” kata Dr Janil, yang juga Anggota Parlimen Pasir Ris-Punggol. 



“Kami memerlukan perjalanan dua hala kerana kami memerlukan peningkatan kapasiti. Terdapat lebih banyak penumpang untuk dibawa.”



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan meningkatkan perkhidmatan untuk gelung LRT Punggol Timur dan kedua gelung LRT di Sengkang dengan kereta kereta api tambahan pada waktu yang dipilih. 



Penumpang bagi laluan LRT Sengkang dan Punggol meningkat sekitar 6 peratus pada separuh pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.



Dr Janil juga mengumumkan edisi terbaru aplikasi MyTransport LTA, yang yang mempunyai ciri-ciri baru dan mesra pengguna. 



Sebagai contoh, ia kini termasuk maklumat letak kereta untuk semua gedung Lembaga Perumahan dan Pembangunan, tempat meletak kereta Penguasa Pembangunan Bandar (URA) serta bangunan komersil terpilih di kawasan Orchard dan daerah perniagaan pusat.



Ia juga membolehkan pengguna untuk melihat maklumat terkini secara langsung, termasuk keadaan jalan raya melalui kamera trafik, dan memadapatkan pemberitahuan terkini MRT atau lebuh raya yang ingin mereka dapatkan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >