Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Laluan lebih pendek raih Nitec Lanjutan bagi pelajar ITE

May 01, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kini boleh meraih Sijil Nitec Lanjutan, dalam masa tiga tahun, setahun lebih singkat berbanding laluan dua tahun bagi sijil Nitec dan lagi dua tahun bagi sijil Nitec Lanjutan sekarang.



Kurikulum yang telah direka semula dan lebih singkat itu akan membolehkan pelajar menjalani asas lebih luas pada tahun pertama, agar mereka dilengkapi dengan kemahiran asas kukuh yang diperlukan industri.



Pelajar kemudian akan mengikuti modul lebih khusus pada tahun kedua dan ketiga sebelum meraih sijil Nitec Lanjutan.



Pelajar juga berpeluang menjalani dua penempatan industri pada tahun kedua dan ketiga.



Ini bermakna dengan struktur kurikulum yang dipertingkat dan program pembelajaran yang diperhalusi, pelajar tidak lagi perlu mendaftar untuk memasuki Nitec Lanjutan selepas tamat sijil Nitec.



Perubahan kepada kurikulum itu telah diumumkan Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman, semasa pembukaan ITE - Pusat Sembcorp bagi Huraian Kemampanan di ITE Kolej Timur, semalam.



Struktur kurikulum dipertingkat itu telah dikaji sebagai sebahagian daripada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali, yang diterajui Dr Maliki menyusuli perbincangannya dengan beberapa golongan berkepentingan.



Semakan itu menunjukkan bahawa pelajar mempunyai aspirasi untuk melanjutkan pelajaran, mempertingkat kemahiran dan kekal cerdas di tengah-tengah perubahan ekonomi.



Buat masa ini, lebih daripada tujuh dalam 10 lulusan Nitec melanjutkan pengajian ke Nitec Lanjutan atau mengikuti laluan peningkatan dibiayai awam lain sepanjang kerjaya mereka seperti Program Diploma Bekerja-Belajar ITE (WSDip).



Kurikulum baru itu bertujuan untuk melengkapi lulusan ITE dengan kemahiran relevan bagi industri selain menawarkan asas yang kukuh bagi peningkatan pendidikan dan kemahiran pada masa datang sepanjang tempoh kerjaya mereka menjelang 2030.



Langkah tersebut sejajar dengan komitmen Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menawarkan peluang bagi semua lulusan ITE untuk mempertingkat diri melebihi kelayakan Nitec.



"Adalah penting agar kita terus mendapatkan pandangan golongan berkepentingan tentang bagaimana kita boleh terus mempertingkat laluan dan kurikulum yang ditawarkan untuk membolehkan lebih ramai generasi pelajar mencapai potensi penuh mereka dan menyumbang secara berkesan kepada ekonomi dan masyarakat," kata Dr Maliki.



Sebagai permulaan sebanyak lapan kursus Nitec Lanjutan akan diperkenalkan dalam fasa pertama bermula tahun kemasukan ITE 2022



Ini termasuk kursus Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Sukan, Keselamatan Siber dan Rangkaian, dan Kejuruteraan Elektronik.



Sekitar 2,000 pelajar akan terlibat dalam tahun pertama ITE 2022.



ITE akan menyemak pendekatan pelaksanaan dan langkah menyokong pelajar sebelum lebih banyak kursus diperkenalkan secara berperingkat selepas 2024.



Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), pelajar yang meraih sijil GCE peringkat O dan mereka yang memasuki ITE melalui skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) bagaimanapun masih boleh menamatkan Nitec Lanjutan dalam masa dua tahun



Bagi mereka yang tidak dapat menamatkan program ini, mereka akan diberikan sokongan dan bimbingan untuk menamatkan dua penempatan industri sebelum memutuskan untuk keluar bekerja terlebih dahulu dengan kelayakan Nitec.



Mereka boleh kembali ke ITE untuk menamatkan baki modul pada masa akan datang dan tiada masa tertentu untuk mereka menamatkan pensijilan Nitec Lanjutan itu.



"Kami berharap dengan lebih banyak sokongan biasiswa yang bermula pada 2020, pelajar tidak perlu meninggalkan pelajar ekoran masalah kewangan dan sebaliknya dapat menikmati program penuh tiga tahun ini," kata jurucakap MOE.




"Adalah penting agar kita terus mendapatkan pandangan golongan berkepentingan tentang bagaimana kita boleh terus mempertingkat laluan dan kurikulum yang ditawarkan untuk membolehkan lebih ramai generasi pelajar mencapai potensi penuh mereka dan menyumbang secara berkesan kepada ekonomi dan masyarakat."
- Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >