Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Laluan Mesra untuk warga emas, golongan kurang upaya...

Amy Khor: Orang ramai akan diundang beri maklum balas bagi perhalusi inisiatif
Mar 04, 2023 | 05:30 AM



WARGA emas, orang kurang upaya dan keluarga dengan anak kecil boleh menjangkakan ruang jalan yang lebih inklusif, selamat dan menyenangkan di kawasan kejiranan mereka apabila inisiatif baru dilaksana untuk memperbaiki pengalaman berjalan kaki dan berbasikal di sini.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat mendedahkan rancangan mewujudkan Friendly Streets atau Laluan Mesra.



Ia menggabungkan usaha sedia ada demi meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mobiliti aktif.



Laluan Mesra diuji di 5 lokasi, projek perintis 2025



Di bawah inisiatif Laluan Mesra itu, ciri-ciri dari zon sekolah, zon perak dan koridor keutamaan transit akan digabungkan untuk menjadikan jalan, yang berhampiran dengan kemudahan utama dan nod pengangkutan, yang mempunyai bilangan tinggi pejalan kaki dengan jejak tinggi, lebih inklusif dan kurang kenderaan.



Ciri-ciri ini termasuk laluan pejalan kaki lebih luas, laluan basikal khusus, lintasan pejalan kaki tanpa halangan dan langkah mengurangkan lalu lintas yang bertujuan memperlahankan gerakan kenderaan.



Kawasan sekitar Ang Mo Kio Street 31, yang terletak lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Ang Mo Kio dan di sekitar Sekolah Rendah Teck Ghee dan Sekolah Menengah Deyi, antara tempat pertama inisiatif Laluan Mesra akan diuji.



Inisiatif baru itu juga akan diuji di Bukit Batok West, Tampines, Toa Payoh dan West Coast sebelum ia diperhalusi dan diperluas ke bandar lain, kata LTA.



Anggota masyarakat juga akan diundang untuk memberi saranan dan maklum balas bagi memperhalusi inisiatif tersebut.



Matlamatnya ialah menjadikan proses penggubalan dasar lebih inklusif.



Semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan pada Jumaat, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata:



"Kami tidak sabar bagi mereka membentuk butirannya bersama pihak berkepentingan tempatan dan melaksana cadangan mereka untuk kejiranan mereka sendiri.



"Usaha pendekatan bagi Laluan Mesra di lima lokasi ini akan bermula tahun ini, dengan projek perintis disasar dilaksana menjelang 2025.



"Bersama-sama, kita bukan membina jalan raya sahaja, bahkan kenangan."



Memberikan bayangan mengenai ciri Laluan Mesra, Dr Khor berkata:



"Apabila anda memasuki zon Laluan Mesra, anda akan disambut dengan papan tanda dan penanda di jalan raya yang direka khusus. Ini menggalak semua (pengguna jalan raya) lebih berwaspada dan saling menjaga keselamatan."



Pemandangan jalan juga akan dipenuhi dengan lebih banyak kehijauan, dan usaha menaik taraf perhentian bas akan turut dipertimbangkan, kata Dr Khor.



"Sedang anda menghampiri jalan, anda akan melihat lebih banyak ciri mesra warga, seperti lintasan pejalan kaki dan laluan basikal yang direka untuk kegunaan semua."



Memberikan contoh, beliau berkata: "Sedang anda menyeberang jalan dan menikmati perjalanan lebih selamat, lebih lancar dan lebih hijau ke pusat kejiranan Teck Ghee, anda mungkin bertemu seorang jiran atau teman, dan kami berharap kita semua menyapa satu sama lain dengan senyuman mesra."




"Bersama-sama, kita bukan membina jalan raya sahaja, bahkan kenangan... Apabila anda memasuki zon Laluan Mesra, anda akan disambut dengan papan tanda dan penanda di jalan raya yang direka khusus. Ini menggalak semua (pengguna jalan raya) lebih berwaspada dan saling menjaga keselamatan. Sedang anda menghampiri jalan, anda akan melihat lebih banyak ciri mesra warga, seperti lintasan pejalan kaki dan laluan basikal yang direka untuk kegunaan semua."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >